Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JAKIM PERJELAS VIDEO TULAR DAKWA LELAKI, WANITA SOLAT BERCAMPUR SAF

DALAM NEGARA

JAKIM PERJELAS VIDEO TULAR DAKWA LELAKI, WANITA SOLAT BERCAMPUR SAF

Sumber gambar: Facebook JAKIM

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada Rabu menjelaskan dakwaan berlaku percampuran jemaah lelaki dan wanita ketika menunaikan solat berjemaah dalam sebuah video yang tular, adalah tidak tepat.

JAKIM dalam satu kenyataan memaklumkan, video berkenaan diyakini dirakam dan disiarkan oleh salah seorang peserta program Kem Ibadah Nusantara baru-baru ini yang majoriti para pesertanya adalah kumpulan transgender yang hadir secara sukarela.

“Ada yang sudah berhijrah dan ada yang dalam proses berhijrah. Ada juga dalam kalangan mereka yang masih mirip rupa paras dan penampilan serta pakaian seorang wanita.

“Ketika solat berjemaah, kelihatan berlaku pencampuran jantina kerana golongan mak nyah masih dikira lelaki mengikut jantina asalnya.

“Proses untuk mendidik dan membetulkan cara hidup mereka mengambil sedikit masa. Mohon sama-sama kita doakan,” menurut kenyataan itu.

Tambahnya, Kem Ibadah Nusantara yang diadakan di Cameron Highland itu merupakan anjuran bersama JAKIM, Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Persatuan Insaf Pahang (NGO Komuniti Hijrah LGBT) dan beberapa agensi dan IPT lain. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading