Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JAKIM TIDAK TERIMA SEBARANG BUKTI BABIT NASAB ‘MAWLA AMIN’

DALAM NEGARA

JAKIM TIDAK TERIMA SEBARANG BUKTI BABIT NASAB ‘MAWLA AMIN’

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tidak menerima  sebarang bukti dokumen berhubung nasab ‘Mawla Amin’ seperti didakwa pihak tertentu.

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tidak menerima sebarang bukti dokumen berhubung nasab ‘Mawla Amin’ seperti didakwa pihak tertentu.

Perkara itu dinyatakan JAKIM dalam kenyataan yang dikeluarkan menerusi Facebook rasmi jabatan itu hari ini.

“Susulan kenyataan dibuat pihak Nur Al Mustafa Malaysia dalam sidang media yang diadakan berhubung nasab ‘Mawla Amin’ bahawa mereka telah mengemukakan bukti dokumen berkaitan kepada JAKIM, dimaklumkan bahawa JAKIM tidak menerima sebarang dokumen sebagaimana yang dinyatakan,” menurut kenyataan itu.

Sebelum ini, seorang lelaki mendakwa warganegara Maghribi dan dikenali dalam kalangan pengikutnya sebagai ‘Mawla Mohamed Amin al-Hassani’ mengaku mempunyai jalur keturunan ke-38 daripada Nabi Muhammad SAW.

Pada 22 Feb lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar mengingatkan masyarakat terutamanya umat Islam supaya tidak terlalu taasub kepada mana-mana individu, sebaliknya perlulah sentiasa berpegang kepada neraca ilmu dan fakta.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading