Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JAMBATAN RETAK DI PULAU PINANG PALSU – LLM

DALAM NEGARA

JAMBATAN RETAK DI PULAU PINANG PALSU – LLM

KUALA LUMPUR: Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) hari ini memaklumkan bahawa video tular yang memaparkan berlaku keretakan pada sebahagian struktur jambatan di Pulau Pinang adalah palsu.

LLM dalam kenyataan hari ini menegaskan kejadian itu tidak berlaku di Jambatan Pulau Pinang (JPP) dan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS).

“Hasil siasatan oleh PLUS Malaysia Berhad dan Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) mendapati kejadian itu tidak berlaku di mana-mana bahagian struktur JPP dan JSAHMS. Pihak JKSB hari ini telah membuat laporan polis berhubung dakwaan palsu terbabit,” menurut kenyataan itu.

LLM menasihati semua pihak supaya tidak berkongsi maklumat yang tidak sahih bagi mengelakkan salah faham dan kebimbangan rakyat terutamanya pengguna JPP dan JSAHMS.

Semalam, Exco Infrastruktur, Pengangkutan dan Pembangunan Digital Pulau Pinang Zairil Khir Johari berkata kejadian itu bukan berlaku di JSAHMS, malah video tular itu ialah rakaman lama yang berlaku di luar negara sekitar 2014. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading