JANGAN GUNA AGAMA CAPAI HASRAT POLITIK – AHMAD ZAHID
Semua pihak terutama pemimpin-pemimpin parti diingatkan untuk tidak menggunakan agama sebagai tunggangan untuk mencapai hasrat politik, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (tiga, kiri) bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar (dua, kiri) melihat ruang solat pada majlis perasmian Surau Bergerak Bas Dua Tingkat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) sempena sambutan Jubli Emas JAWI 2024 di Masjid Putra, hari ini. — fotoBERNAMA
PUTRAJAYA: Semua pihak terutama pemimpin-pemimpin parti diingatkan untuk tidak menggunakan agama sebagai tunggangan untuk mencapai hasrat politik, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Bercakap kepada media selepas merasmikan Surau Bergerak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) 2.0, di sini hari ini, beliau berkata soal berkaitan agama, hukum dan fatwa harus dijadikan sebagai batu sempadan apabila memberikan pandangan dan pendapat mengenai sesuatu perkara.
“Jika masalah-masalah hukum sebagaimana yang terdapat dalam al-Quran, hadis, kias dan ijtima’ ulama, saya tidak perlu nasihatkan mana-mana pemimpin parti yang ada latar belakang agama untuk mengikut landasan itu, tetapi jangan gunakan agama sebagai tunggangan untuk mencapai hasrat politik,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang dukacita terhadap kenyataan dikeluarkan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang baru-baru ini.
Menurutnya beliau menghargai titah Sultan Sharafuddin itu dan ia juga sebagai amaran kepada sesiapa sahaja supaya tidak melakukan perkara sama pada masa depan.
Ahmad Zahid berkata nasihat itu bukan ditujukan kepada individu dan pemimpin parti politik sahaja, sebaliknya juga kepada pemimpin dalam UMNO.
Terdahulu Sultan Sharafuddin menerusi hantaran di laman Facebook Selangor Royal Office semalam menzahirkan rasa amat dukacita dengan kenyataan sinis Ahli Parlimen Marang itu, bertajuk ‘Ketinggian Islam wajib dipertahankan’ yang dikeluarkan pada 20 Februari lepas menerusi portal berita pas.org.my.
Sultan Sharafuddin bertitah ia adalah kenyataan yang amat tidak bersesuaian malah tidak beradab dari sudut budaya orang Melayu yang sentiasa menghormati dan memelihara adab ketika menyuarakan pandangan serta nasihat kepada Raja-Raja Melayu.
Sementara itu, mengenai surau bergerak JAWI 2.0, Ahmad Zahid berkata kerajaan amat menggalakkan mana-mana syarikat untuk berwakaf demi kebaikan masyarakat.
“Saya bagi pihak kerajaan amat mengalu-alukan usaha-usaha wakaf surau bergerak ini dan ia sangat-sangat baik khususnya apabila ada acara-acara yang tidak ada surau di tempat itu, ia boleh digunakan.
“Saya harap ada lagi syarikat-syarikat swasta, bukan saja syarikat pengangkutan, tetapi syarikat-syarikat lain yang boleh menyambung usaha untuk mewakafkan bas untuk dijadikan surau bergerak seperti ini,” katanya.
Sementara itu, JAWI dalam kenyataan yang dikeluarkan berkata surau bergerak JAWI 2.0 itu adalah hasil kerjasama dengan syarikat Konsortium E-Mutiara Bhd dan CIMB Islamic Bank Bhd bagi melaksanakan pengubahsuaian sebuah bas dua tingkat, yang bukan sahaja boleh digunakan untuk menunaikan solat tetapi berfungsi sebagai sudut aktiviti keagamaan dan dakwah bergerak.
Bas dua tingkat bernilai RM350,000 itu disumbangkan oleh syarikat Konsortium E-Mutiara manakala kos pengubahsuaian disumbangkan oleh CIMB Islamic Bank dan individu melalui zakat wakalah berjumlah RM200,000.
Surau bergerak JAWI 2.0 mampu menampung kapasiti seramai 35 orang jemaah dalam satu-satu masa serta memiliki ruang solat dengan kemudahan seperti permaidani, sejadah, telekung, pembesar suara, dan penyaman udara.
Bahagian penumpang bas berkenaan diubah suai menjadi ruang solat dan aktiviti yang selesa manakala tempat penyimpanan barang diubahsuai bagi penyimpanan bekalan air dan paip untuk mengambil wuduk.
Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Syed Kamarulzaman Syed Kabeer dan Pengarah JAWI Datuk Mohd Ajib Ismail. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager