JANGAN JADIKAN DOA QUNUT NAZILAH ALAT POLITIK – PM ANWAR
“Doa ini bukan politik sebab itu mufti beri pandangan. Ini kata kita tak setuju doa…siapa kata kita tidak setuju doa? Hari-hari kita doa, lepas solat kita doa, tapi bukan doa melaknat orang lain.”
IPOH: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas pihak pembangkang kerana menggunakan doa Qunut Nazilah sebagai alat politik.
Anwar berkata doa sepatutnya digunakan pada jalan yang betul untuk kebaikan dan bukan mendoakan keburukan kepada pihak lain.
“Doa ini bukan politik sebab itu mufti beri pandangan. Ini kata kita tak setuju doa…siapa kata kita tidak setuju doa? Hari-hari kita doa, lepas solat kita doa, tapi bukan doa melaknat orang lain,” katanya ketika berucap pada Majlis Kenduri MADANI di Taman Koperasi Perpaduan 2, Tambun di sini hari ini.
Pada persidangan Dewan Rakyat baru-baru ini, dilaporkan ahli Parlimen pembangkang membaca Qunut Nazilah selepas Dewan Rakyat menggantung Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad selama enam bulan.
Doa itu diketuai Ahli Parlimen Jasin daripada PAS Zulkifli Ismail yang juga Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat.
Tindakan itu mendapat maklum balas daripada pelbagai pihak termasuk Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, yang menyifatkan bacaan Qunut Nazilah untuk mendoakan kehancuran seteru politik sebagai amalan ekstremis dan pelampau.
Bagaimanapun, Wan Ahmad Fayhsal menafikannya dan berkata bacaan doa itu ditujukan kepada penyokong genocide seperti syarikat pelaburan BlackRock.
Sementara itu, Anwar mempersoalkan mengapa ahli Perikatan Nasional (PN) tidak membacakan doa Qunut Nazilah ketika zaman pentadbiran bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang melaburkan wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kira-kira RM600 juta kepada BlackRock.
“Ketika 2020, PN, PAS dan Bersatu, dia bagi BlackRock RM600 juta, duit mana? Duit KWSP, kenapa ketika itu tak salah, kenapa tak baca doa Qunut Nazilah?” soal Anwar.
Anwar juga berkata pembangkang sepatutnya mendoakan yang baik dan menzahirkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Perpaduan kerana kapal dari Israel tidak dibenarkan memasuki negara ini.
Sementara itu, Anwar meluluskan peruntukan RM200,000 bagi pembinaan jalan di sekitar Masjid Ar-Rashid di Taman Koperasi Perpaduan 2, Tambun.
Perdana Menteri kemudian meluangkan masa menyantuni mangsa kebakaran 10 unit rumah di Kampung Manjoi dan menyampaikan sumbangan RM5,000 kepada setiap isi rumah yang terlibat.
Beliau turut meninjau lokasi kebakaran tersebut dan mendengar taklimat daripada pasukan bomba.
Dalam kejadian kira-kira 5 petang semalam, 10 unit rumah musnah melibatkan 15 mangsa daripada enam keluarga.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.