Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PEMANDU TERSEPIT DALAM NAHAS LORI, BAS SEKOLAH

DALAM NEGARA

PEMANDU TERSEPIT DALAM NAHAS LORI, BAS SEKOLAH

Bagaimanapun, kesemua 15 pelajar yang menaiki bas tersebut terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

SUNGAI SIPUT: Seorang lelaki dilaporkan cedera selepas lori dipandunya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah bas sekolah yang dinaiki 15 pelajar, di Kampung Nasib, Jalan Sungai Siput-Kuala Kangsar, pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pemandu lori satu tan itu tersepit di bahagian tempat duduk pemandu.

Bagaimanapun, kesemua 15 pelajar yang menaiki bas tersebut terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kejadian berlaku sekitar jam 6.38 pagi dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Siput dan Kuala Kangsar bergegas ke lokasi.

“Anggota kemudian menjalankan kerja menyelamat dan berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit.

“Mangsa kemudiannya diserahkan kepada ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia untuk tindakan lanjut,” katanya, hari ini.

Operasi yang diketuai PBK II Mohd Shamsul Baharin Sulaiman itu tamat jam 8.01 pagi.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading