JANGAN JADIKAN MEDIA SOSIAL PLATFORM BERBALAH, BUKA AIB – SULTAN IBRAHIM
PUTRAJAYA: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim mengingatkan rakyat agar tidak menjadikan media sosial sebagai platform untuk berbalah dan membuka aib kerana ia akan menjadi punca perpecahan dan persengketaan.
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menyampaikan Titah Diraja pada Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 2024/1446H di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini. — Bernama
PUTRAJAYA: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim mengingatkan rakyat agar tidak menjadikan media sosial sebagai platform untuk berbalah dan membuka aib kerana ia akan menjadi punca perpecahan dan persengketaan.
Baginda turut mengingatkan rakyat agar tidak bersikap keterlaluan atau ‘extreme’ terutama dalam isu yang berkaitan dengan kaum dan agama.
“Jangan buka aib orang lain atau tularkan perkara yang memalukan, kerana ini semua akan menjadi punca perpecahan dan persengketaan,” titah Sultan Ibrahim pada Majlis Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1446H/2024M di sini.
Sultan Ibrahim bertitah orang ramai hari ini berdepan dengan cabaran kebanjiran maklumat tanpa sempadan melalui media sosial yang sukar dikawal.
Justeru Baginda mengingatkan semua rakyat supaya sentiasa berhati-hati dalam menuntut ilmu agama di media sosial dan memastikan kandungan yang diperoleh adalah sahih dan berwibawa.
Sultan Ibrahim bertitah terdapat kebimbangan yang semakin meningkat mengenai penyebaran maklumat berkaitan agama Islam yang mengelirukan, tidak tepat, salah tafsir dan ajaran menyimpang daripada prinsip Islam sebenar.
“Jika orang dahulu belajar agama dengan membaca kitab dan mendengar kuliyah di masjid, tetapi masyarakat sekarang belajar agama secara ‘on-line’ daripada ‘Ustazah Facebook’ dan ‘Ustaz Tik Tok’,” titah Seri Paduka Baginda.
Baginda turut mengingatkan umat Islam supaya lebih bijak menilai mana betul dan mana yang salah, memandangkan penyebaran maklumat agama tidak tepat melalui media sosial boleh mengundang kekeliruan, perpecahan dan amalan agama yang menyimpang.
Sultan Ibrahim turut menggesa kerajaan supaya meningkatkan tindakan penguatkuasaan terhadap kandungan ajaran sesat dan menyediakan satu pusat rujukan agama untuk menyebarkan ilmu dan maklumat yang tepat.
Sementara itu dalam aspek pembentukan sebuah negara, Sultan Ibrahim bertitah Hijrah turut membawa sinar penyatuan ummah dan perpaduan masyarakat.
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager