Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JANGAN MENORMALISASIKAN PERKARA MAKSIAT, PEMPENGARUH PERLU BERTANGGUNGJAWAB KEPADA AGAMA DAN NEGARA – MOHD NA’IM

DALAM NEGARA

JANGAN MENORMALISASIKAN PERKARA MAKSIAT, PEMPENGARUH PERLU BERTANGGUNGJAWAB KEPADA AGAMA DAN NEGARA – MOHD NA’IM

KUALA LUMPUR: “Usahlah kerana menagih populariti dengan mencipta sensasi sehingga sanggup menormalisasikan perkara maksiat dan mungkar.”

Demikian kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dalam hantarannya di media sosial yang sangat terkejut dengan laporan berita berkaitan sebuah program podcast mengundang seorang individu yang sedang dibicarakan di mahkamah berkaitan aktiviti persundalan sebagai tetamu.

Tegasnya amat jelas aktiviti persundalan adalah satu perlakuan jijik disisi agama.

“Saya mengajak semua pihak terutamanya pempengaruh media untuk bertanggungjawab kepada agama dan negara.

“Marilah kita sentiasa memberikan contoh dan akhlak yang baik kepada masyarakat agar segala perbuatan baik yang diikuti akan mendapat pahala yang berpanjangan.

“Pada masa sama kita membina generasi yang menjunjung tinggi nilai-nilai agama dan akhlak,” katanya.

Dalam hantaran itu Mohd Na’im turut berkongsi Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Seorang Mukmin melihat dosa-dosanya seperti dia berada di bawah gunung, dia takut gunung itu akan menghempapnya. Sedangkan orang fajir (derhaka), dia melihat dosa-dosanya seperti melihat lalat hinggap di hidungnya.” (Hadis Riwayat al-Tirmizi) – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading