JAUHI PERBUATAN TIMBUL KEBENCIAN, BULI DI MEDIA SOSIAL SUATU BENTUK KEMERDEKAAN DALAM ISLAM
“Apabila kita guna platform media sosial untuk menghentam, memfitnah, menggunakan kata-kata kesat serta membuli, ini merupakan satu perkara mungkar yang menunjukkan individu tersebut dikuasai oleh nafsu, syaitan dan iblis.”
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar mengibarkan Jalur Gemilang pada Majlis Perhimpunan dan Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat Agensi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Institut Latihan Islam Malaysia semalam. –fotoBERNAMA
PUTRAJAYA: Menjauhi perbuatan yang menimbulkan kebencian antara kaum, memfitnah, menggunakan kata-kata kesat dan membuli di media sosial merupakan langkah memerdekakan diri yang diunjurkan dalam Islam.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata langkah itu bukan sahaja membawa kebaikan kepada diri sendiri malah dapat mewujudkan persekitaran maya yang selamat untuk semua pengguna.
“Apabila kita guna platform media sosial untuk menghentam, memfitnah, menggunakan kata-kata kesat serta membuli, ini merupakan satu perkara mungkar yang menunjukkan individu tersebut dikuasai oleh nafsu, syaitan dan iblis.
“Kalau dia berjaya meninggalkan perbuatan tersebut, maknanya dia membebaskan diri daripada terus dibelenggu perbuatan batil dan berubah kepada gaya hidup berpaksikan akidah, syariat dan akhlak sebagai cara hidup Islam sebenar,” katanya kepada Bernama.
Mohd Na’im berkata pembebasan diri daripada perbuatan tidak baik itu sekali gus membantu kerajaan dalam mengatasi penyebaran jenayah serta maklumat berbahaya berunsur provokasi di media sosial.
Mohd Na’im berkata Islam sendiri mengajar umatnya untuk berubah daripada kemungkaran kepada amalan yang baik serta hanya mentauhidkan Allah SWT semata-mata dan mengikut ajaran dibawa oleh Rasulullah SAW.
“Dari sudut ajaran Islam, kemerdekaan sebenar ialah membebaskan diri masing-masing daripada cengkaman lain bukan sahaja penjajah tapi dalam konteks Islam, membebaskan diri daripada amalan buruk dan sia-sia serta amalan yang boleh mencetuskan perpecahan,” katanya.
Beliau turut menyeru semua warga agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk menghayati makna kemerdekaan negara dengan menghargai para pejuang terdahulu yang berjuang untuk membebaskan negara daripada penjajah.
Menurut beliau, mengisi makna kemerdekaan antara lain membawa maksud mengangkat kembali darjat umat dalam segala aspek merangkumi ekonomi, sosial, pendidikan dan sebagainya.
“Kita mesti berjuang bersama-sama untuk menyelamatkan umat Islam daripada kemunduran jiwa dan akhlak serta membangunkan minda dan kualiti peradaban insan,” katanya.
Justeru, beliau telah meminta semua agensi berkenaan termasuk institusi masjid dan surau untuk menggerakkan program penghayatan kemerdekaan berlandaskan tema ‘Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka’ sempena Bulan Kebangsaan.
Pada 5 Jun lepas, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengumumkan ‘Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka’ sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan ke-67.
Fahmi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024 berkata pemilihan tema itu bagi menzahirkan kebebasan rakyat Malaysia daripada sebarang elemen negatif. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests