KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama pelbagai agensi komited melaksanakan agenda dakwah kepada masyarakat Islam khususnya di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan menerusi program pengukuhan dan kefahaman Islam serta kebajikan.
JAWI dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan penekanan diberikan terhadap usaha pengislahan masyarakat melalui metodologi dakwah bil lisan dan dakwah bil hal kepada semua lapisan masyarakat termasuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU).
Menurut JAWI, program khusus yang dilaksanakan kepada golongan itu sejak 2000 meliputi kategori OKU penglihatan dan pendengaran yang bertujuan memberikan kefahaman ilmu fardu ain, bimbingan asas membaca al-Quran dan pengukuhan institusi keluarga ke arah penghayatan Islam yang syumul.
“Program keagamaan yang dilaksanakan melibatkan peserta dalam kalangan OKU sepanjang 2023 adalah 18 siri Kelas Bimbingan al-Quran Braille Tahap 1, Tahap 2 dan Lanjutan OKU Penglihatan serta 22 siri Kelas Bimbingan Fardu Ain dan al-Quran Braille (Mualaf) OKU Penglihatan.
“Selain itu, 25 siri Kelas Bimbingan al-Quran dan Fardu Ain OKU Pendengaran, 24 siri Kelas Bimbingan al-Quran dan Fardu Ain OKU Pendengaran (Mualaf), satu siri Ziarah Mahabah serta dua siri Program Kefahaman Islam OKU Penglihatan dan Pendengaran (Ihya’ Ramadhan dan Ma’al Hijrah),” menurut kenyataan itu.
JAWI turut memaklumkan, untuk tahun ini sahaja, seramai 2,775 peserta telah menghadiri program berkenaan dengan keseluruhan peruntukan berjumlah RM187,490.
Bagi menjayakan program bimbingan kerohanian kepada golongan OKU, JAWI telah bekerjasama dengan Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS), Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB), Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD), Persatuan Orang Pekak Islam Malaysia (PRISMA) dan Persatuan Orang Pekak Kuala Lumpur (KLSD).
“JAWI akan menjadikan program dakwah dan kefahaman Islam kepada golongan OKU sebagai satu daripada keutamaan selaras dengan Pelan Transformasi Hal Ehwal Agama Menuju Malaysia MADANI (Al-Falah) yang mengutamakan prinsip ihsan,” menurut kenyataan itu.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked