Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

12 TERBUNUH DALAM SERANGAN TENTERA ISRAEL DI HOSPITAL INDONESIA DI GAZA

DALAM NEGARA

12 TERBUNUH DALAM SERANGAN TENTERA ISRAEL DI HOSPITAL INDONESIA DI GAZA

Sumber Gambar: Media Sosial

BANDARAYA GAZA: Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan ramai lagi cedera dalam serangan Israel ke atas Hospital Indonesia di utara Semenanjung Gaza pada Isnin, lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Kementerian Kesihatan wilayah itu.

Menurut kementerian berkenaan, nyawa beribu-ribu pesakit, kakitangan perubatan dan penduduk yang dipindahkan berada dalam risiko akibat pengeboman berterusan ke atas Hospital Indonesia itu.

Agensi Berita Palestin Wafa, sebelum ini melaporkan bahawa lapan orang terbunuh dalam serangan Israel ke atas hospital berkenaan.

Terdapat 150 pesakit, 100 kakitangan perubatan dan beribu-ribu orang yang kehilangan tempat tinggal berada di kemudahan itu.

Saksi berkata serangan oleh tentera penceroboh Israel menyebabkan hospital berkenaan terputus bekalan elektrik selepas generatornya tidak dapat berfungsi.

Sejak Israel mula mengebom Gaza pada 7 Okt lepas, sekurang-kurangnya 13,000 rakyat Palestin terbunuh, termasuk lebih 9,000 wanita dan kanak-kanak manakala lebih 30,000 lagi cedera, menurut angka terkini.

Beribu-ribu bangunan, termasuk hospital, masjid dan gereja turut rosak atau musnah akibat serangan udara dan darat yang berterusan. 

Sekatan Israel juga menyebabkan Gaza terputus bekalan bahan api, elektrik dan air serta penghantaran bantuan berkurangan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading