Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BAKAT SUMBANG TUALA, SELIMUT KE PALESTIN

DALAM NEGARA

BAKAT SUMBANG TUALA, SELIMUT KE PALESTIN

Pengerusi Jemaah Tertinggi Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT ATM) Puan Seri Ramlah Dawi (tengah) menerima penyerahan sumbangan barangan bantuan kemanusiaan daripada Pengarah Urusan Maxvec Sdn Bhd Marni Rani (dua, kiri) pada Majlis Sumbangan UntukMu Palestin BAKAT ATM di Dewan Mulia Rumah BAKAT ATM hari ini. –BERNAMA

KUALA LUMPUR: Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (Bakat) ATM bakal menyumbang sebanyak 1,000 tuala, 2,322 helai selimut dan 360 beg tidur kepada rakyat Palestin.

Sumbangan itu diterima daripada beberapa pihak termasuk Maxvec Sdn Bhd serta Ideas Hotel dan disampaikan kepada Pengerusi Jemaah Tertinggi Bakat ATM Puan Seri Ramlah Dawi pada Majlis Sumbangan Untukmu Palestin di Rumah Bakat ATM di sini, hari ini.

Ramlah berkata sumbangan itu adalah usaha kebajikan serta sebagai lambang solidariti organisasi tersebut dalam menyokong bantahan dunia terhadap kekejaman rejim Zionis ke atas rakyat Palestin khususnya di Gaza.

“Saya percaya walaupun bentuk sumbangan ini kecil dan tidak besar nilainya, tetapi saya yakin bantuan ini mampu mengubat (serba sedikit) kedukaan serta kesusahan yang rakyat Palestin alami,” katanya ketika berucap pada majlis berkenaan.  

Kutipan yang dilaksanakan sejak Oktober lepas itu bakal disalurkan menerusi Majlis Hal Ehwal Wanita dan Keluarga Malaysia (HAWA) serta Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dan dijangka dihantar ke Gaza 30 Nov ini.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading