Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JAWI ANJURKAN ‘WILAYAH PERSEKUTUAN BERMUNAJAT’

DALAM NEGARA

JAWI ANJURKAN ‘WILAYAH PERSEKUTUAN BERMUNAJAT’

KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan mengadakan program Wilayah Persekutuan Bermunajat bermula malam ini, 17 Januari 2021 sehingga wabak pandemik COVID-19 berakhir.

Inisiatif daripada JAWI ini susulan daripada situasi terkini penularan wabak COVID-19 yang semakin meningkat.

Antara intipati program tersebut adalah solat hajat, berzikir serta doa munajat yang akan dipimpin oleh imam yang bertugas selepas solat fardhu Maghrib dan solat fardhu Jumaat.

Program tersebut akan berlangsung di semua masjid, surau Jumaat dan surau di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) serta jumlah jemaah yang telah ditetapkan.

Orang ramai boleh mengikuti bersama secara langsung di laman Facebook JAWI bagi mereka yang ingin berada di kediaman masing-masing.

JAWI menyeru agar semua terus bermunajat dan berdoa kepada Allah SWT agar penularan wabak COVID-19 dapat segera dibendung serta negara Malaysia sentiasa mendapat perlindungan dan kesejahteraan daripada Allah SWT.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading