KOTA KINABALU: Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas terhadap sekumpulan individu yang bertindak meminum bir di sebuah Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di negeri ini yang tular dalam media sosial semalam.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Adnan Mat berkata, tindakan itu tidak menghormati pengorbanan petugas barisan hadapan kerana secara jelas melakukan kesalahan di kawasan digunakan sebagai kemudahan kesihatan untuk merawat pesakit COVID-19.
Beliau berkata tindakan meminum bir itu juga boleh mengundang ketidakselesaan pesakit lain yang sedang dirawat dan mungkin boleh mencetuskan masalah lain sekiranya keadaan menjadi tidak terkawal.
“CUEPACS mahu tindakan juga diambil kepada pihak terlibat yang membawa, membekal atau melepaskan minuman keras itu kepada pesakit, tindakan individu itu biadab kerana seolah-olah sedang bergembira sedangkan petugas barisan hadapan sibuk mengerah keringat menyelamatkan rakyat.
“Tindakan yang sewajarnya perlu diambil agar tiada lagi pihak lain yang berani bertindak seolah-olah petugas barisan hadapan kita sedang berseronok atau berhadapan dengan satu perkara yang remeh,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Adnan berkata sekiranya ada penglibatan pihak pengawal keselamatan atau petugas kesihatan sendiri dalam kejadian itu, tindakan tatatertib wajar dikenakan kerana ia mencemarkan integriti terutamanya membabitkan penjawat awam.
“Perkara ini tidak boleh dipandang remeh dan pihak berkuasa tidak perlu melindungi mereka yang bersalah. Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, sewajarnya mereka sentiasa berdisiplin dan mematuhi peraturan apatah lagi ketika sedang mendapatkan rawatan daripada petugas kesihatan,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Kesihatan Sabah Dr Christina Rundi ketika dihubungi berkata kes itu masih dalam siasatan dan menegaskan meminum arak tidak dibenarkan di semua PKRC.
Video tular berdurasi lebih 10 saat itu memaparkan seorang lelaki di sebuah PKRC sedang berbual dengan individu lain sambil memegang tin bir dan turut kelihatan dua bekas berisi bir.—AlHijrah Online/ BERNAMA
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests