Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JEMAAH WANITA DIBENARKAN HADIR SOLAT BERJEMAAH – JAWI

DALAM NEGARA

JEMAAH WANITA DIBENARKAN HADIR SOLAT BERJEMAAH – JAWI

KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mengalukan kehadiran jemaah wanita menunaikan solat fardhu berjemaah di masjid dalam Wilayah Persekutuan.

Menerusi ciapan di laman Twitter @myJAWIKL , dalam ketetapan prosedur operasi standard (SOP) bagi aktiviti solat fardu yang baharu, kehadiran jemaah wanita telah dibenarkan.

“Kehadiran untuk solat fardu lima waktu dibenarkan kepada jemaah wanita dengan bilangan jemaah dihadkan kepada separuh ruang solat wanita dengan penjarakan 1.5 meter,” katanya.

Terdahulu, JAWI telah membenarkan perluasan kapasiti jemaah solat Jumaat kepada separuh daripada kapasiti sebenar masjid dan surau Jumaat.

Untuk jemaah solat fardu lima waktu diperluaskan kepada separuh daripada kapasiti dewan solat utama masjid, surau Jumaat dan surau.

Bagaimanapun, aktiviti solat jemaah tersebut perlu dilakukan dengan penjarakan fizikal 1.5 meter.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading