Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

FORMAT PEPERIKSAAN SPM 2020 KEKAL- LEMBAGA PEPERIKSAAN

DALAM NEGARA

FORMAT PEPERIKSAAN SPM 2020 KEKAL- LEMBAGA PEPERIKSAAN

PUTRAJAYA: Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) menegaskan format peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 kekal seperti sedia ada.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, LPM merujuk laporan sebuah akhbar mengenai perubahan format peperiksaan SPM pada masa hadapan adalah tidak benar.

“Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia (LP KPM) tidak pernah membuat sebarang pengesahan berhubung perkara tersebut.

“Tajuk dan laporan akhbar itu menimbulkan banyak kekeliruan kepada orang ramai khususnya calon peperiksaaan SPM 2020,” dalam kenyataan tersebut.

Tambahnya, sekiranya terdapat sebarang perubahan kepada format peperiksaan SPM dan sistem pentaksiran, LP KPM akan memaklumkan secara rasmi kepada orang ramai.

Terdahulu, akhbar berkenaan pada 7 Feb telah menyiarkan laporan  “Wajah Baharu SPM” di muka hadapan, “SPM Bakal Dirombak” di muka surat dua dan “Peperiksaan Boleh Buka Buku” di muka surat tiga.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading