Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI DIHEMPAP FORKLIFT MAUT

DALAM NEGARA

LELAKI DIHEMPAP FORKLIFT MAUT

BATU PAHAT: Seorang lelaki maut selepas jentera forklift yang dipandunya hilang kawalan lalu menghempapnya dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi di Jalan Parit Hasyim, Kampung Parit Hasyim, Ayer Hitam.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Hitam, Penolong Penguasa Bomba Mohamad Shamin Mohamed Salikin, mangsa, 28 tahun dipercayai dalam perjalanan ke tempat kerja di sebuah kilang berhampiran menggunakan jalan kampung yang merupakan laluan berbukit.

Semasa kejadian berlaku, jentera berat itu menjadi tidak stabil lalu terbalik dan menghempap mangsa.

“Pihak bomba terima panggilan kecemasan jam 3.34 pagi sebelum lapan anggota dihantar ke tempat kejadian dibantu satu jentera Fire Rescue Team (FRT),” katanya.

Pihak bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan rescue tools dalam masa kira-kira 20 minit dan mangsa disahkan meninggal dunia.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Operasi tamat pada jam 4.50 pagi.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading