Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TABUNG MUSA’ADAH COVID-19 SUMBANG HAMPIR RM4 JUTA

DALAM NEGARA

TABUNG MUSA’ADAH COVID-19 SUMBANG HAMPIR RM4 JUTA

PUTRAJAYA: Tabung Musa’adah COVID-19 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) telah menyalurkan lebih RM4 juta bagi membantu golongan yang terjejas akibat pandemik itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata tabung tersebut sudah mengumpulkan dana kira-kira RM6 juta sejak dilancarkan pada Mac tahun lepas.

“Kami (agensi-agensi di bawah Kementerian Hal Ehwal Agama) membuat satu gabungan sekarang, untuk bulan Januari sahaja kita berjaya menyumbangkan hampir RM15 juta.

“Setiap hari akan kemas kini jumlah (sumbangan), Insyaallah kita akan keluarkan pada setiap bulan pada awal bulan untuk yang seterusnya,” katanya selepas majlis pelepasan pasukan Musa’adah Bantuan Bencana Alam pasca banjir ke Dungun, Terengganu pagi tadi.

Menurutnya, agensi-agensi di bawah kementeriannya juga telah menyampaikan sumbangan hampir RM15 juta kepada golongan yang memerlukan termasuk mangsa banjir pada bulan lepas.

Orang ramai boleh menyumbang ke Tabung Musa’adah COVID-19 JAKIM dan YWM melalui akaun CIMB Islamic Bank Berhad atas nama Yayasan Waqaf Malaysia bernombor 8602218186.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading