Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JIPS BUKIT AMAN TAHAN ANGGOTA POLIS DISYAKI MILIKI AIR KETUM

DALAM NEGARA

JIPS BUKIT AMAN TAHAN ANGGOTA POLIS DISYAKI MILIKI AIR KETUM

Empat anggota polis ditahan kerana disyaki memiliki air ketum dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Yew Lai di Kuala Lumpur, Khamis lepas.

Sumber Gambar: PDRM

KUALA LUMPU: Empat anggota polis ditahan kerana disyaki memiliki air ketum dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Yew Lai di sini, Khamis lepas.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Seri Azri Ahmad ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu, namun enggan mengulas lanjut.

Beliau berkata kes itu telah diserahkan kepada JIPS Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut.

Difahamkan, empat anggota terbabit yang berusia dalam lingkungan 25 hingga 50 tahun itu ditahan kira-kira kira-kira 2.15 pagi di rumah berkenaan.

Mereka yang merupakan staf pentadbiran di sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah di ibu negara disiasat  mengikut  Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading