JOHOR MOHON KEMBALIKAN 20 PERATUS HASIL CUKAI KEPADA NEGERI – MB
Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata pihaknya merayu pertimbangan perkara itu, kerana ia penting untuk limpahan manfaat dan pembangunan rakyat Johor.
ISKANDAR PUTERI: Kerajaan Johor memohon Kerajaan Persekutuan supaya mempertimbangkan pemberian 20 peratus hasil cukai yang dikutip di negeri berkenaan, disalurkan kembali kepada Johor.
Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata pihaknya merayu pertimbangan perkara itu, kerana ia penting untuk limpahan manfaat dan pembangunan rakyat Johor.
“Pada masa sama, ia selari dengan titah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail. Kerajaan Johor sekali lagi memohon dan merayu kepada Kerajaan Persekutuan agar mempertimbangkan pemberian sekurang-kurangnya 20 peratus daripada hasil cukai yang dikutip di negeri ini, untuk disalurkan kembali kepada Johor.
“Permohonan ini amat penting bagi memastikan Bangsa Johor terus mendapat limpahan manfaat hasil negeri dan memastikan pembangunan negeri dapat dilaksanakan dengan lebih komprehensif,” katanya ketika sesi penggulungan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Kota Iskandar, di sini hari ini.
Dalam pada itu, Speaker DUN Johor Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi bertanya mengenai jumlah sebenar permohonan cukai yang diminta, adakah 20 peratus atau 30 peratus?
“Mohon 20 peratus dahulu, kalau dapat 10 peratus pun tidak mengapa. Contoh Seri Medan meminta peruntukan RM10 juta (pembangunan) di Johor terdapat 56 DUN, bayangkan sudah hampir setengah bilion. Banyak perkara yang kita nak buat (pembangunan) di kawasan masing-masing,” katanya.
Dalam penggulungan itu, Onn Hafiz turut mengumumkan inisiatif tambahan Belanjawan Johor 2025 sebanyak RM26 juta.
Antaranya RM300,000 diperuntukkan bagi Dewan Muda Johor, sebuah platform Orang Muda Johor yang menyalurkan kritikan, saranan serta ikhtiar semak dan imbang dalam pentadbiran kerajaan negeri.
“Sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan terhadap sumbangan Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia, RM200,000 diperuntukkan bagi Persatuan Pesara Polis dan RM200,000 diperuntukkan bagi Persatuan Pesara Tentera.
“Turut diberi peruntukan tambahan RM800,000 bagi 15 Kem Tentera di seluruh Johor. RM750,000 diperuntukkan bagi Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) dan 13 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di negeri Johor.
“Tidak ketinggalan peruntukan RM150,000 kepada Kelab Media Johor sebagai tanda penghargaan kepada pengamal media,” katanya.
Sementara itu, persidangan DUN Johor meluluskan Belanjawan negeri 2025 berjumlah RM1.999 bilion.
Speaker DUN Johor Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata belanjawan bertemakan Maju Johor, Rakyat Sejahtera itu diluluskan sebulat suara, selepas dibahaskan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sejak Ahad lepas.
Pada 21 Nov, Onn Hafiz membentangkan Belanjawan Johor 2025 yang merupakan belanjawan lebihan sebanyak RM5.12 juta.
Belanjawan itu merupakan belanjawan lebihan yang ketiga berturut-turut dibentangkan oleh beliau.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager