Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JORDAN SIFATKAN SERANGAN ISRAEL DI SEKITAR HOSPITAL MEDANNYA DI GAZA SEBAGAI JENAYAH PERANG

DALAM NEGARA

JORDAN SIFATKAN SERANGAN ISRAEL DI SEKITAR HOSPITAL MEDANNYA DI GAZA SEBAGAI JENAYAH PERANG

Sumber Gambar: Media Sosial

ANKARA: Menteri Luar Jordan, Ayman Safadi, mengutuk pengeboman Israel di sekitar hospital medan Jordan di Gaza sambil menyifatkannya sebagai “jenayah perang.”

Jordan sedang menunggu hasil siasatan pasukan tenteranya terhadap insiden pengeboman berkenaan agar undang-undang, langkah diplomatik dan politik dapat diambil, lapor Agensi Anadolu memetiknya sebagai berkata dalam temu bual dengan saluran TV tempatan Al-Mamlaka.

Beliau menegaskan bahawa Israel tertakluk di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa di mana ia bukan sahaja bertanggungjawab untuk melindungi hospital itu tetapi juga tidak menghalang operasinya.

Tentera Jordan dalam satu kenyataan pada Rabu memaklumkan tujuh kakitangan hospital cedera ketika mereka cuba membantu rakyat Palestin yang menjadi mangsa serangan udara Israel.

Pejabat media kerajaan di Gaza pada Rabu mengumumkan bahawa jumlah kematian akibat serangan  di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt telah meningkat kepada 11,500, termasuk 4,710 kanak-kanak dan 3,160 wanita.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading