Penduduk setempat, dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) selepas kediaman mereka di Kampung Lintang dilanda banjir di Dewan Kg Baru Cina malam tadi.
Sumber: BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Perak dan Pahang menunjukkan peningkatan, manakala Johor kekal dan Kedah mengalami penurunan pagi ini.
Di PERAK, keadaan banjir semakin memburuk apabila mangsa terus meningkat kepada 625 orang daripada 188 keluarga berbanding 268 orang daripada 85 keluarga malam tadi. Mangsa-mangsa kini berlindung di 11 pusat pemindahan sementara (PPS) yang terletak di tiga daerah iaitu Kerian, Kuala Kangsar, dan Hulu Perak.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan di daerah Hulu Perak, lima PPS baharu dibuka malam tadi apabila mangsa meningkat kepada 172 orang daripada 59 keluarga yang berlindung di enam PPS iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Idris Shah II, Sekolah Kebangsaan (SK) Plang, SK Kerunai, SMK Kenering, Dewan Kg Padang Jeri dan SK Pahit.
“Di Daerah Kuala Kangsar pula mangsa meningkat kepada 342 orang daripada 94 keluarga yang berlindung di tiga PPS iaitu SMK RLKT Lasah, SK Lasah serta Pusat Sehenti Orang Asli (OAOSC) Bawong di Sungai Siput,” menurut sekretariat itu.
Mangsa banjir di Kerian juga meningkat kepada 111 mangsa daripada 25 keluarga yang berlindung di di PPS SK Changkat Lobak dan PPS SK Parit Haji Aman.
Di PAHANG, bilangan mangsa banjir di daerah Temerloh meningkat kepada 98 individu daripada 25 keluarga yang berlindung di empat PPS setakat 7.30 pagi berbanding 66 mangsa banjir daripada 18 keluarga yang ditempatkan di dua PPS semalam.
Menurut aplikasi InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat Sekolah Kebangsaan Lanchang dan Balairaya Mempateh masing-masing kekal menempatkan 36 dan 30 mangsa banjir seperti semalam manakala dua PPS yang baharu dibuka Masjid Kampung Bongsu menempatkan 19 individu dan seramai 13 orang dipindahkan ke Dewan Sekolah Menengah Seri Semantan.
Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di Johor (Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru) Sarawak: Sibu, Mukah (Matu dan Dalat) dan Kapit (Song dan Kapit) sehingga 12 tengah hari ini.
Di JOHOR, jumlah mangsa banjir kekal dengan 200 orang penduduk daripada 63 keluarga di tiga daerah pada pukul 8 pagi, hari ini sebagaimana 8 malam semalam yang melibatkan daerah Kluang, Kulai dan Batu Pahat.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana NegeriTan Sri Dr Azmi Rohani berkata seramai 101 mangsa daripada 41 keluarga dipindahkan ke PPS di Kluang, 33 mangsa daripada 19 keluarga di Kulai dan 16 mangsa daripada tiga keluarga di Batu Pahat.
Menurut beliau, empat PPS masih beroperasi iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Kampung Renggam dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Layang-Layang di Kluang, Dewan Kampung Murni Jaya di Kulai serta di SK Seri Bunut di Batu Pahat
“Sungai Ayer Hitam di Kampung Paya Embun di Pontian berada pada paras waspada, begitu juga Sungai Sembrong di Batu 2 Sembrong di Batu Pahat dan Empangan Sembrong juga berada pada paras waspada.
“Pada pagi ini semua daerah dilaporkan hujan kecuali Johor Bahru dan Mersing berada dalam keadaan cerah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Di KEDAH, jumlah mangsa banjir menurun kepada 2,257 orang daripada 726 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 2,312 orang daripada 709 keluarga malam tadi.
Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata kesemua mangsa dari lima daerah iaitu Kota Setar, Baling, Pendang, Kubang Pasu dan Pokok Sena itu ditempatkan di 21 Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
“Daerah Baling mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 904 orang daripada 314 keluarga ditempatkan di sembilan PPS, diikuti Kota Setar (710 orang, 224 keluarga) di lapan PPS, Pendang (503 orang, 137 keluarga) di dua PPS, Kubang Pasu (86 orang, 31 keluarga) di satu PPS, manakala di Pokok Sena seramai 54 orang daripada 20 keluarga ditempatkan di satu PPS,” katanya dalam kenyataan hari ini. – Alhijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager