JUMLAH MANGSA BANJIR MULA MENURUN TENGAH HARI INI – NADMA
Jumlah keseluruhan mangsa banjir di Kelantan, Terengganu, Johor dan Pahang mencatatkan penurunan kepada 22,033 orang yang ditempatkan di 92 pusat pemindahan sementara (PPS) tengah hari ini, berbanding 23,008 orang di 103 PPS pagi tadi.
KUALA LUMPUR: Jumlah keseluruhan mangsa banjir di Kelantan, Terengganu, Johor dan Pahang mencatatkan penurunan kepada 22,033 orang yang ditempatkan di 92 pusat pemindahan sementara (PPS) tengah hari ini, berbanding 23,008 orang di 103 PPS pagi tadi.
Bagaimanapun di Pahang, mangsa banjig yang dipindahkan sedikit meningkat daripada 207 orang pagi tadi kepada 227 orang yang ditempatkan di 10 PPS, di daerah yang terjejas iaitu Bera, Jerantut, Kuantan, Maran, Rompin, Temerloh.
Selain itu, menurut laporan dikeluarkan Pusat Kawalan Bencana Negara, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) jumlah mangsa ditempatkan di sebuah PPS yang dibuka ekoran kejadian tanah runtuh di Cameron Highlands masih kekal 87 orang daripada 17 keluarga.
Sementara itu, Kelantan masih lagi menjadi negeri paling teruk terjejas dengan banjir, namun jumlah mangsa dipindahkan mencatatkan pengurangan kepada 19,167 orang tengah hari ini berbanding 19,716 orang pagi tadi.
Mereka ditempatkan di 48 PPS melibatkan daerah Pasir Mas dengan 15,249 orang di 28 PPS, Tumpat dengan 3,226 orang (10 PPS), Kuala Krai sebanyak 527 orang (lapan PPS), manakala di Tanah Merah sebanyak 165 mangsa (dua PPS).
Keadaan yang sama turut dilaporkan berlaku di Terengganu dengan jumlah mangsa berkurangan kepada 2,576 orang berlindung di 31 PPS tengah hari ini, berbanding 3,022 orang di 37 PPS pada pagi tadi melibatkan daerah Dungun, Hulu Terengganu, Kemaman, Kuala Terengganu, Marang dan Setiu.
Sementara itu, jumlah mangsa banjir di Johor setakat tengah hari ini kekal sejak tengah malam tadi dengan 63 mangsa daripada 16 keluarga yang masih ditempatkan di tiga PPS di daerah Segamat.
Status Stesen Telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran pula merekodkan tiga sungai di Kelantan iaitu Sungai Golok di Pasir Mas, Sungai Kelantan di Gua Musang dan Sungai Kelantan di Kota Bharu kekal berada pada paras bahaya setakat tengah hari tadi.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.