JUMLAH TANGKAPAN SERBUAN KE ATAS GISBH KINI 200 ORANG
Seramai 31 orang yang ditahan dalam operasi sejak Rabu lepas adalah ahli GISBH dan direman selama tujuh hari bermula hari mereka ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.
KUALA LUMPUR: Jumlah terkini tangkapan berkaitan serbuan ke atas GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) adalah seramai 200 orang.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata seramai 31 orang yang ditahan dalam operasi sejak Rabu lepas adalah ahli GISBH dan direman selama tujuh hari bermula hari mereka ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.
Beliau berkata 17 daripada 31 suspek ditahan di Kuala Lumpur, Pahang dan Negeri Sembilan serta di sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan dan Kedah itu telah dikenal pasti sebagai individu memegang jawatan tertinggi dalam organisasi berkenaan.
“Seramai 139 orang suspek yang ditahan sebelum ini telah disambung reman dan 23 orang lagi diberi jaminan polis atas sebab-sebab tertentu,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
Bernama sebelum ini melaporkan dalam operasi pada Rabu dan semalam di empat lokasi berbeza di Kelantan dan Pahang, polis menahan tujuh anggota Remaja Pembela Ummah (RPU) di bawah syarikat itu, termasuk seorang anak bekas pimpinan tertinggi kumpulan al-Arqam dan pengurusan tertinggi GISBH.
Pada Rabu, dilaporkan 24 individu penting yang dikaitkan dengan GISBH termasuk pengurusan tertinggi syarikat ditahan di Kedah dan ibu negara.
Razarudin berkata sehingga kini, polis telah membuka 37 kertas siasatan termasuk tiga penambahan kes pada Selasa lepas di Kuala Pilah, Negeri Sembilan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak (AKSTK) 2017 dan satu di Sungai Kapar, Selangor mengikut Seksyen 14 ATIPSOM 2007.
“Daripada jumlah itu, lapan kertas siasatan melibatkan tujuh suspek telah berjaya dituduh dengan 29 pertuduhan,” katanya.
Beliau juga berkata kesemua mangsa berusia 18 tahun ke atas telah diserahkan kepada waris, manakala yang berusia 18 tahun ke bawah diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat mengikut Seksyen 25(2) Akta Kanak-kanak 2001.
“Polis sedang giat dan kekal komited dalam melaksanakan siasatan secara terperinci dalam operasi ini. Orang ramai juga dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi sementara siasatan masih berlangsung.
“Mana-mana individu yang pernah menjadi mangsa atau mempunyai maklumat berkaitan kes ini diminta untuk tampil membuat laporan di mana-mana balai polis berhampiran bagi melengkapkan siasatan terhadap kes ini secara tuntas dan menyeluruh,” katanya.
Dalam serbuan Op Global pada 11 Sept lepas, polis menyelamatkan 402 kanak-kanak dan remaja dari 20 rumah amal dikaitkan dengan GISBH di Selangor dan Negeri Sembilan yang disyaki menjadi mangsa eksploitasi buruh dan seksual.
Serbuan itu juga mendedahkan kes pengabaian dan penganiayaan yang membawa kepada penahanan 171 individu termasuk 105 wanita.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests