Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JURUTERBANG SYARIKAT PENERBANGAN TEMPATAN DIPERCAYAI BUNUH DIRI, TEKANAN DIBERHENTIKAN KERJA

DALAM NEGARA

JURUTERBANG SYARIKAT PENERBANGAN TEMPATAN DIPERCAYAI BUNUH DIRI, TEKANAN DIBERHENTIKAN KERJA

GAMBAR HIASAN

SERDANG: Tekanan hidup akibat diberhentikan kerja dipercayai menjadi punca seorang juruterbang membunuh diri dengan terjun dari sebuah kondominium di Bandar Kinrara pada Isnin.

Memetik laporan Bernama, Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, lelaki berusia 35 tahun itu maut selepas dipercayai terjun dari unit kediamannya di tingkat 12 pada kira-kira 3 petang hari kejadian.

“Hasil pemeriksaan di sekitar kawasan kejadian tiada menjumpai kesan mencurigakan atau unsur jenayah.

“Selain itu, pemeriksaan fizikal pada mayat mangsa juga tidak menemui kecederaan akibat perbuatan jenayah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, mangsa dikatakan bertindak demikian kerana tertekan dan tidak dapat mengawal diri akibat diberhentikan kerja dua bulan lalu.

Ismadi berkata soal siasat ke atas saksi yang berada di tempat kejadian memaklumkan lelaki itu merupakan seorang juruterbang sebuah syarikat penerbangan tempatan.

Polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu dan Ismadi menasihatkan orang awam agar tidak membuat sebarang komen yang boleh mengganggu siasatan serta mengguris hati keluarga mangsa. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading