Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI DURJANA ROGOL DAN LACUR ANAK SERTA ISTERI DIDAKWA ESOK

DALAM NEGARA

LELAKI DURJANA ROGOL DAN LACUR ANAK SERTA ISTERI DIDAKWA ESOK

GAMBAR SEKADAR HIASAN

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki durjana berusia 43 tahun yang disyaki merogol dan melacurkan anaknya yang berusia 13 tahun serta isteri, akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Anti Pemerdagangan Orang (ATIP), Mahkamah Klang esok.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Datuk Fadzil Ahmat berkata, empat individu disyaki pelanggan lelaki berkenaan terdiri daripada tiga lelaki warga Pakistan dan seorang lelaki warga Bangladesh akan turut dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan merogol.

“Suspek utama akan didakwa mengikut Seksyen 13 (b) dan Seksyen 14 Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) dan tiga pertuduhan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan.

“Empat lelaki warga asing berusia antara 29 hingga 35 tahun yang melanggan mangsa yang berusia 13 tahun itu pula akan didakwa mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan di Mahkamah Kajang, esok,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tindakan lelaki durjana itu terbongkar selepas polis menerima satu laporan pada 11 Julai lalu daripada ibu saudara mangsa mendakwa remaja itu dirogol dan dilacurkan oleh bapanya di sebuah kondominium di Hulu Langat.

Polis kemudian menahan suspek utama serta lima lelaki termasuk warga asing pada 13 Julai lalu untuk membantu siasatan.

Menurut laporan media tempatan, remaja perempuan berkenaan dirogol sejak berusia 10 tahun dan dilacurkan bapanya pada pertengahan 2019 hingga Februari lalu sebelum kejadian itu diketahui oleh ibu saudaranya. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading