Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KABINET MESIR LETAK JAWATAN, PERDANA MENTERI DILANTIK SEMULA UNTUK BENTUK KERAJAAN BAHARU

DUNIA

KABINET MESIR LETAK JAWATAN, PERDANA MENTERI DILANTIK SEMULA UNTUK BENTUK KERAJAAN BAHARU

Presiden Abdel-Fattah al-Sisi menerima peletakan jawatan itu dan menugaskan Madbouly yang telah menjadi perdana menteri sejak 2018 untuk membentuk kerajaan baharu “dengan menteri-menteri yang mempunyai kompetensi, pengalaman, dan keupayaan yang cemerlang.”

Mostafa Madbouly –foto AFP

KAHERAH: Perdana Menteri Mesir, Mostafa Madbouly telah menyerahkan surat peletakan jawatan Kabinetnya pada Isnin, lapor Agensi Anadolu (AA) menurut kenyataan presiden.

Presiden Abdel-Fattah al-Sisi menerima peletakan jawatan itu dan menugaskan Madbouly yang telah menjadi perdana menteri sejak 2018 untuk membentuk kerajaan baharu “dengan menteri-menteri yang mempunyai kompetensi, pengalaman, dan keupayaan yang cemerlang,” menurut kenyataan itu.

Al-Sisi meminta kerajaan  baharu itu untuk mencapai beberapa matlamat, termasuk menjaga keselamatan negara, membuat pembaharuan ekonomi, menggalakkan pertumbuhan sektor swasta, dan berusaha mengurangkan kenaikan harga dan inflasi serta mengawal pasaran, kata kenyataan itu lagi. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading