KALIMAH ALLAH: CADANGAN ARAHAN PENTADBIRAN BAHARU DIBENTANG KEPADA MAJLIS RAJA-RAJA MINGGU INI
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata ketika ini cadangan arahan pentadbiran baharu itu telah dibentangkan kepada Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) yang dipengerusikan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
KUALA LUMPUR: Cadangan arahan pentadbiran baharu berkaitan penggunaan kalimah Allah dijadual dibentangkan kepada Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu pada 25 hingga 27 Okt ini.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata ketika ini cadangan arahan pentadbiran baharu itu telah dibentangkan kepada Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) yang dipengerusikan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Beliau berkata cadangan itu adalah hasil agenda sesi libat urus yang dilakukan sebanyak lima kali bagi mendapat maklum balas dan input terkait perkara berkenaan.
“Jadi hasil libat urus, perbincangan dah ada, dah bentang pada Sultan Selangor dan peringkat seterusnya pembentangan kepada Majlis Raja-Raja yang akan dilakukan oleh sekretariat MKI.
“Segala hasil daripada pembentangan itu kelak, akan digunakan oleh Kementerian Dalam Negeri untuk menghasilkan satu garis panduan baharu bagi isu penggunaan kalimah Allah ini,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Saifuddin Nasution berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Tan Sri Muhyiddin Yassin (PN-Pagoh) yang mahu mengetahui perkembangan berkaitan isu kalimah Allah dan apakah langkah yang sedang dilakukan kerajaan ketika ini.
Sementara itu, menjawab soalan asal Muhyiddin mengenai pendirian kerajaan berhubung isu melibatkan agama, kaum dan institusi diraja (3R), Saifuddin berkata Perlembagaan Persekutuan, Kanun Keseksaan, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Akta Hasutan 1948 adalah asas perundangan yang digunakan.
“Pendirian kerajaan, apa juga perbuatan, kenyataan, hantaran, ucapan dan seumpamanya yang bertentangan dengan undang-undang untuk hal 3R adalah tidak dibenarkan.
“Provokasi, hasutan libatkan Raja-Raja boleh diambil tindakan di bawah Akta Hasutan, selain daripada itu akan atau boleh guna Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia,” katanya.
Menurutnya sehingga kini 104 kes berkaitan dengan isu-isu 3R sedang disiasat oleh pihak polis melibatkan kedua-dua pihak sama ada dari blok kerajaan mahupun pembangkang.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.