Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KANAK-KANAK AUTISTIK DITEMUKAN MAUT SELEPAS LIMA HARI HILANG

DALAM NEGARA

KANAK-KANAK AUTISTIK DITEMUKAN MAUT SELEPAS LIMA HARI HILANG

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) negeri dalam kenyataan memaklumkan mayat Muhammad Aniq Faiz Muhammad Ashraf, 5, ditemukan 12.20 tengah hari tadi, kira-kira tiga kilometer (km) dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

Sumber Gambar: Media Sosial

TUARAN: Seorang kanak-kanak autistik yang dilaporkan hilang sejak lima hari lepas di Kampung Bahagia II, Tamparuli, Sabah ditemukan maut di tepi Sungai Tuaran hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) negeri dalam kenyataan memaklumkan mayat Muhammad Aniq Faiz Muhammad Ashraf, 5, ditemukan 12.20 tengah hari tadi, kira-kira tiga kilometer (km) dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

“Hari kelima operasi mencari dan menyelamat (SAR) dimulakan pada pukul 8.35 pagi tadi bersama agensi penyelamat lain dengan radius jarak pencarian diperluaskan,” menurut kenyataan itu.

JBPM negeri memaklumkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran menerima panggilan kecemasan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) kira-kira 1.52 tengah hari Ahad lepas sebelum ke lokasi kejadian sejauh 11 km.

Kanak-kanak itu dilaporkan hilang di belakang Pejabat Daerah Tamparuli dan kawasan pencarian merangkumi darat dan air.

“Pasukan SAR yang terdiri daripada 22 anggota telah menyerahkan mayat kanak-kanak itu kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” menurut kenyataan itu. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading