KANAK-KANAK ENAM TAHUN CEDERA DISERANG ANJING DI CHERAS
Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun cedera digigit anjing ketika menunggang basikal di jalan berhampiran kawasan rumahnya di Batu 9, Cheras, Selangor, semalam.
KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun cedera digigit anjing ketika menunggang basikal di jalan berhampiran kawasan rumahnya di Batu 9, Cheras, Selangor, semalam.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Naazron Abdul Yusof berkata kejadian berlaku kira-kira 6.30 petang apabila anjing yang berada di kawasan berkenaan menyerang dan menggigit mangsa.
“Tindakan pantas beberapa jiran yang datang membantu berjaya menghalau anjing berkenaan.
“Mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian kepala telah dikejarkan ke hospital sejurus selepas itu dan kini dirawat di wad kanak-kanak Hospital Kajang serta berada dalam keadaan stabil,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Naazron berkata susulan kejadian itu, anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) telah menangkap anjing tersebut dan siasatan sedang dijalankan bagi menentukan sama ada anjing itu berdaftar sebagai haiwan peliharaan atau sebaliknya.
Beliau berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 289 Kanun Keseksaan.
“Selain itu katanya, siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Binatang 1953 yang membolehkan pihak berkuasa mengarahkan haiwan yang menggigit dikurung bagi memastikan ia tidak dijangkiti rabies atau penyakit berbahaya lain,” katanya.
Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Insp Nursyaza Farhah Samhairi di talian 017-6919817 atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di talian 03-89114222 atau balai polis berhampiran.
“Polis turut mengingatkan orang ramai yang ingin memelihara anjing supaya mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan dan memastikan haiwan peliharaan dikawal rapi bagi mengelakkan insiden seumpama itu berulang,” katanya.
Sementara itu, seorang saksi kejadian Mohd Firdaus Md Isa berkata sebelum kejadian anjing berkenaan kelihatan berada di bawah sebuah kereta yang diparkir di tepi jalan.
“Ketika kanak-kanak itu yang sedang menunggang basikal menghampiri kereta berkenaan, secara tiba-tiba anjing itu keluar dan menyerangnya,” katanya kepada Bernama malam tadi.
Terdahulu, tular di media sosial video yang memaparkan seorang kanak-kanak diserang anjing di kawasan perumahan sebelum dibantu oleh beberapa individu berada di situ.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager