Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KANAK-KANAK MAUT TERJATUH DARI TINGKAT ENAM PPR

DALAM NEGARA

KANAK-KANAK MAUT TERJATUH DARI TINGKAT ENAM PPR

Kanak-kanak berusia dalam lingkungan 12 tahun itu dilaporkan sedang bermain bersama adik-adiknya di dalam rumahnya.

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan maut dipercayai terjatuh dari tingkat enam di kediamannya di Program Perumahan Rakyat (PPR) Batu Muda, Sentul, di sini petang tadi.

Kanak-kanak berusia dalam lingkungan 12 tahun itu dilaporkan sedang bermain bersama adik-adiknya di dalam rumahnya.

Berdasarkan maklumat penduduk, semasa mangsa sedang bermain, dia bertindak memanjat tembok sebelum terjatuh.

“Mayat mangsa ditemui dalam keadaan tertiarap serta tidak sedarkan diri di bawah Blok C, sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan.

“Berdasarkan kecederaan yang dialami, ada pendarahan pada bahagian belakang kepala,” katanya seperti dilapor media tempatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul ACP Ahmad Sukarno Mohd Zahari mengesahkan kejadian tersebut selain memaklumkan pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 2.24 petang tadi.

Katanya, untuk peringkat awal pihaknya mengklasifikasikan kes sebagai Kematian Mengejut (SDR) dan siasatan lanjut sedang dijalankan.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading