KANAK-KANAK ORANG ASLI NAMPAK BAPA SAUDARA DITERKAM HARIMAU
Seorang kanak-kanak Orang Asli mendakwa ternampak bapa saudaranya diterkam oleh harimau di bahagian kepala dan dia masih trauma dengan kejadian berkenaan.
GUA MUSANG: Seorang kanak-kanak Orang Asli mendakwa ternampak bapa saudaranya diterkam oleh harimau di bahagian kepala dan dia masih trauma dengan kejadian berkenaan.
Alang Kuang, 8, merupakan satu-satunya saksi kejadian kehilangan bapa saudaranya, Halim Asin, 27, di Hulu Sungai Aring, kelmarin.
“Saya berlari dan terjun ke sungai sebelum berenang dalam ketakutan menuju ke lokasi ahli keluarga yang lain sejauh 500 meter untuk meminta tolong selamatkan pakcik (Halim).
“Saya beritahu datuk yang pak cik diserang harimau dan saya sangat takut,” katanya yang berbicara dalam bahasa Bateq, di rumahnya di Kampung Aring 5 di sini hari ini.
Sejurus mendengar berita tersebut, Datuknya Asin Parang, 68, berkata dia bergegas ke tempat kejadian selepas Alang berlari mendapatkannya dalam keadaan menangis dan menceritakan peristiwa tersebut.
Asin berkata sebaik sampai di lokasi kejadian, mereka tidak menemui Halim.
“Seramai tujuh orang menaiki rakit menuju ke Kampung Aring 5 kerana takut haiwan terbabit muncul semula, tetapi kami hampa tidak menemui Halim,” katanya.
Bercerita lanjut, Asin melahirkan rasa terkilan kerana mangsa tidak sempat menjamah hasil memancingnya berupa seekor ikan sebarau sebelum kejadian.
“Saya harap Halim dapat ditemukan secepat mungkin walaupun saya tidak dapat turut serta mencarinya kerana masih sakit kaki. Hanya menantu, Kuang Camang, 31, yang mengikuti operasi.
“Saya juga harap harimau yang menyerang Halim dapat ditangkap dengan segera,” katanya.
Terdahulu media melaporkan Halim Asin, 27, dikhuatiri menjadi mangsa serangan harimau ketika memancing bersama anak saudaranya Alang di Sungai Aring 5, dua hari lepas.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked