Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KONTRAKTOR DIKOMPAUN RM100, SALAH GUNA PILI BOMBA

DALAM NEGARA

KONTRAKTOR DIKOMPAUN RM100, SALAH GUNA PILI BOMBA

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan mengenakan kompaun RM100 terhadap seorang kontraktor atas kesalahan menyalahgunakan pili bomba dalam isu membabitkan seorang ahli Parlimen.

Sumber Gambar: Facebook Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff

PUTRAJAYA: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan mengenakan kompaun RM100 terhadap seorang kontraktor atas kesalahan menyalahgunakan pili bomba dalam isu membabitkan seorang ahli Parlimen.

Bahagian Pengurusan Korporat JBPM dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan status bagi kes itu selesai di luar mahkamah apabila pelaku, Tuan Salehudin Tuan Mat, mengaku salah dan membuat bayaran kompaun sebanyak RM100 pada 8 Mei lalu.

Kompaun itu dikeluarkan terhadap pelaku berdasarkan Seksyen 26 Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341) iaitu menyalahgunakan pili bomba.

“Mengikut Akta 341 sesiapa yang menutup, mengepung, atau menyembunyikan mana-mana pili bomba hingga menjadikan tempatnya sukar dipastikan, atau mengganggu mana-mana pili bomba, atau menggunakan pili bomba selain tujuan menentang kebakaran, adalah melakukan suatu kesalahan.

“JBPM juga menegaskan bahawa Seksyen 23 (1) Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341) menerangkan Notis bagi kerja yang menjejaskan pili bomba, tiada seorang pun selain pihak berkuasa air boleh melakukan apa-apa kerja yang menjejaskan pili bomba atau aliran air kepadanya melainkan memberi notis bertulis berkaitan kerja akan dilakukan kepada Pengarah Negeri sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum kerja dimulakan,” katanya.

Katanya, dalam keadaan kecemasan, kerja-kerja boleh dilaksanakan terlebih dahulu dan notis hendaklah dikemukakan dengan kadar segera kepada Pengarah Negeri berdasarkan Seksyen 24 Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341).

Sebelum ini, Ahli Parlimen Rantau Panjang Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff didakwa menyediakan penghantaran air percuma di kawasan Parlimen berkenaan dengan menyediakan lori tangki besar dan pam penyedut dengan mengambil air dari pili bomba sebelum dihantar ke kampung terjejas.

Bagaimanapun, Siti Zailah menafikan mencuri air daripada pili bomba sebaliknya mendakwa tindakannya itu mendapat kebenaran pihak Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) serta JBPM Kelantan.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading