Connect with us

ALHIJRAH NEWS

KANAK-KANAK SINGAPURA TUJUH TAHUN MAUT, KERETA DIREMPUH LORI

DALAM NEGARA

KANAK-KANAK SINGAPURA TUJUH TAHUN MAUT, KERETA DIREMPUH LORI

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata kejadian pada 10.34 malam itu melibatkan kereta yang dinaiki empat warga Singapura dan seorang warga Indonesia berumur antara dua hingga 44 tahun, manakala pemandu lori iaitu lelaki tempatan berumur 57 tahun.

Sumber Gambar: Facebook Polis Daerah Johor Bahru Selatan

JOHOR BAHRU: Seorang kanak-kanak lelaki warga Singapura berusia tujuh tahun maut dalam kemalangan jalan raya membabitkan dua kenderaan di Kilometer 2.4 Jalan Pantai menghala ke Permas Jaya, Johor Bahru malam tadi.

Difahamkan mangsa bersama ibu, bapa dan adiknya serta seorang pembantu rumah.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata kejadian pada 10.34 malam itu melibatkan kereta yang dinaiki empat warga Singapura dan seorang warga Indonesia berumur antara dua hingga 44 tahun, manakala pemandu lori iaitu lelaki tempatan berumur 57 tahun.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah lori dari arah Masai menghala ke pusat bandar telah hilang kawalan lalu terbabas hingga memasuki lorong bertentangan sebelum melanggar kereta yang dinaiki kelima-lima mangsa.

“Akibat kemalangan itu, kanak-kanak tersebut yang berada di tempat duduk belakang tercampak keluar dari kereta,” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook Polis Daerah Johor Bahru Selatan hari ini.

Beliau berkata pihaknya telah menerima makluman bahawa kanak-kanak itu telah disahkan meninggal dunia pada 3 pagi tadi, ketika menerima rawatan di sebuah hopital swasta manakala mangsa lain yang turut cedera dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru.

Raub berkata pemandu lori telah ditahan dan hasil semakan ujian air kencing mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine selain tidak mempunyai lesen memandu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, Seksyen 26(1) APJ 1987, Seksyen 56(1) APJ 1987 dan Seksyen 15(1) APJ 1987 serta Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading