Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KAWAL EMOSI, JAGA AKHLAK KUNCI CAPAI HAJI MABRUR

SOAL JAWAB AGAMA

KAWAL EMOSI, JAGA AKHLAK KUNCI CAPAI HAJI MABRUR

Jemaah haji berdepan dengan pelbagai cabaran termasuk cuaca panas, kesesakan jutaan manusia serta perubahan rutin harian yang boleh menguji kesabaran dan emosi.

MEKAH: Selain memenuhi rukun serta syarat ibadah haji dengan sempurna, keupayaan mengawal emosi dan menjaga akhlak sepanjang berada di Tanah Suci menjadi antara kunci utama untuk memperoleh haji mabrur.

Ketua Pakar Rujuk Tabung Haji, Datuk Dr Luqman Abdullah berkata, ibadah haji bukan sekadar melibatkan pelaksanaan amalan wajib, sebaliknya menjadi medan tarbiah yang membentuk akhlak dan menyucikan jiwa.

Jemaah haji berdepan dengan pelbagai cabaran termasuk cuaca panas, kesesakan jutaan manusia serta perubahan rutin harian yang boleh menguji kesabaran dan emosi.

Dalam keadaan itu, kemampuan menjaga hubungan sesama manusia menjadi antara faktor penting dalam memastikan ibadah diterima Allah SWT.

“Jangan cepat marah dan jangan suka bertengkar. Dalam suasana manusia terlalu ramai dan cuaca panas, emosi mudah terganggu. Nabi Muhammad SAW mengajar bahawa orang yang kuat ialah mereka yang mampu mengawal diri ketika marah,” katanya kepada media.

Luqman berkata, ramai jemaah memberi perhatian kepada aspek teknikal ibadah, namun kurang menyedari bahawa sifat sabar, bertolak ansur dan menjaga tutur kata juga sebahagian daripada roh haji.

“Haji mabrur ialah haji yang diterima Allah SWT dan dipenuhi dengan perkara kebaikan. Sebab itu, menjaga akhlak sangat penting sepanjang berada di Tanah Suci,” tambahnya.

Beliau berkata, ibadah haji turut mendidik manusia supaya merendahkan diri apabila semua jemaah mengenakan ihram tanpa mengira pangkat, kedudukan atau kekayaan.

Para jemaah juga diingatkan supaya banyak berdoa, berzikir dan bertalbiah terutama ketika wukuf di Arafah yang merupakan kemuncak ibadah haji.

Menurutnya, tempoh wukuf perlu dimanfaatkan sebaik mungkin untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT serta memohon keampunan. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in SOAL JAWAB AGAMA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading