KDN RAMPAS AL-QURAN TANPA KELULUSAN LPPPQ BERNILAI LEBIH RM500,000 DI KEDAH
Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan Kementerian Dalam Negeri (KDN) merampas 6,914 unit al-Quran tanpa kelulusan Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan Al-Quran (LPPPQ) termasuk buku yang dikenakan Perintah Larangan bernilai RM563,370 di Kedah.
Setiausaha Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan Kementerian Dalam Negeri (KDN) Nik Yusaimi Yussof (tengah) bersama para pegawainya menunjukkan naskah Al Quran yang dirampas pada sidang media di Bangunan KDN Anak Bukit, hari ini. –fotoBERNAMA
ALOR SETAR: Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan Kementerian Dalam Negeri (KDN) merampas 6,914 unit al-Quran tanpa kelulusan Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan Al-Quran (LPPPQ) termasuk buku yang dikenakan Perintah Larangan bernilai RM563,370 di negeri ini.
Setiausaha Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan KDN Nik Yusaimi Yussof berkata rampasan dibuat di kedai jualan dan stor penyimpanan bahan itu di Pendang, dekat sini, kira-kira pukul 11 pagi pada 13 Nov lepas oleh sepasukan anggota bahagian berkenaan dari Ibu Pejabat KDN Putrajaya dengan kerjasama KDN Kedah.
Katanya rampasan membabitkan 2,874 unit naskah al-Quran atas kesalahan di bawah Seksyen 8 (1) Akta Pencetakan Teks Al-Quran 1986 dan 4,024 unit bahan al-Quran atas kesalahan di bawah Seksyen 14 (1) akta sama.
“Turut dirampas 16 naskah bahan penerbitan berbentuk buku kerana kesalahan di bawah Seksyen 7 (1) dan Seksyen 8 (2) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984,” katanya pada sidang media di Bangunan KDN Kedah di sini hari ini.
Nik Yusaimi berkata rampasan itu dibuat berdasarkan maklumat dan risikan yang dijalankan sejak 2018 lagi sehingga membawa kepada serbuan ke atas premis tersebut menerusi ‘Ops Naskhah’ yang dilancarkan di seluruh negara pada 1 Okt lepas.
“Sejak 2018 lagi kita telah kesan dan kita buat risikan, cuma dalam proses risikan itu ada halangannya sehinggalah kita mendapat satu kesahihan, maka kita telah ke premis menyimpan bahan-bahan tersebut,” katanya yang turut memaklumkan kebanyakan bahan itu dari Indonesia.
Beliau berkata seorang lelaki berumur lingkungan 40-an dipercayai penjual dan pengedar bahan itu ditahan untuk diambil keterangan bagi siasatan lanjut sebelum dilepaskan, dan lelaki itu disyaki aktif menjual al-Quran berkenaan secara dalam talian.
“Kita akan susun untuk membuka kertas siasatan dan berbincang dengan Timbalan Pendakwa Raya untuk (lelaki itu) dibawa ke mahkamah, dalam proses siasatan itu saya percaya kita akan mendapat maklumat tambahan,” katanya.
Sehubungan itu, Nik Yusaimi menasihati masyarakat berhati-hati dengan hanya menjual, membeli, memiliki dan membaca al-Quran diperakui LPPPQ yang mempunyai hologram KDN. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.