KEADAAN DI TIMUR TENGAH SUGUL, TIADA JALAN PENYELESAIAN SECARA DIPLOMATIK SETAKAT INI – PM
ISLAMABAD: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengibaratkan keadaan di Timur Tengah ketika ini sebagai “sugul” berikutan ketiadaan jalan penyelesaian secara diplomatik bagi mengakhiri konflik yang berlaku di beberapa bahagian dalam wilayah itu.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media sempena lawatan negara ke Pakistan. – Bernama
ISLAMABAD: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengibaratkan keadaan di Timur Tengah ketika ini sebagai “sugul” berikutan ketiadaan jalan penyelesaian secara diplomatik bagi mengakhiri konflik yang berlaku di beberapa bahagian dalam wilayah itu.
Beliau turut melontarkan persoalan negara di Timur Tengah yang bakal diceroboh Israel selepas rejim itu menyerang ibu negara Lubnan iaitu Beirut dan sebelum ini, kawasan di selatan Lubnan serta Semenanjung Gaza.
“Setakat ini, tiada (jalan penyelesaian secara diplomatik terhadap konflik di Timur Tengah). Setakat ini (keadaan di Timur Tengah boleh) diibaratkan sebagai sugul kerana kita mendesak (agar) dihentikan serangan terhadap Semenanjung Gaza, (tetapi) diteruskan serangan terhadap Gaza malah diperluas kepada Lubnan.
“Mula (serangan) di selatan Lubnan, kini sudah ke Beirut. Selepas ini, apa lagi?” kata Perdana Menteri ketika ditanya sama ada terdapat jalan penyelesaian secara diplomatik terhadap krisis di wilayah itu yang semakin merebak kerana Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga dilihat gagal mencari jalan untuk menghentikan serangan Israel.
Anwar berkata Malaysia, sebagaimana yang telah disuarakan secara tegas oleh beliau dan Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, mendesak agar serangan ganas Israel terhadap Semenanjung Gaza, Tebing Barat, selatan Lubnan dan Beirut dihentikan dengan segera.
Beliau berkata usaha menamatkan konflik di Timur Tengah yang telah mengorbankan ribuan nyawa penduduk awam yang tidak berdosa itu juga memerlukan komitmen daripada negara-negara Arab, Islam dan PBB.
Anwar berkata semua pihak terbabit sudah menjalankan tanggungjawab masing-masing dan hasilnya mungkin kurang memuaskan namun mereka telah melaksanakan langkah yang tegas.
Perdana Menteri juga berkata Israel tetap berdegil untuk meneruskan kekejaman di wilayah itu dan ini mungkin kerana mereka yakin masih boleh bergantung kepada dukungan Amerika Syarikat serta sekutunya.
Keadaan di Timur Tengah semakin meruncing apabila Iran melancarkan serangan 180 butir peluru berpandu ke arah Israel dua hari lepas, yang memungkinkan keseluruhan wilayah itu terjerumus ke kancah peperangan. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests