KEADAAN KEMANUSIAAN DI GAZA DI LUAR JANGKAAN AKIBAT SEKATAN ISRAEL – UNRWA
Wilayah Gaza telah memasuki ‘tahap kebuluran yang kritikal’ susulan penutupan lintasan sempadan sejak 2 Mac dan serangan tentera Israel yang diperhebat.
ISTANBUL: Keadaan kemanusiaan di Semenanjung Gaza kini berada pada tahap “di luar jangkaan” apabila Israel terus menyekat bekalan ke wilayah itu, kata Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) pada Ahad, lapor Anadolu Ajansi (AA).
“Apabila sekatan sepenuhnya terhadap bekalan penting untuk kelangsungan hidup memasuki minggu kesembilan, usaha bersepadu antarabangsa amat diperlukan bagi mengelakkan bencana kemanusiaan ini daripada mencapai tahap yang lebih buruk,” menurut kenyataan agensi itu.
UNRWA sekali lagi menggesa gencatan senjata segera di wilayah Palestin itu.
Krisis kemanusiaan di Gaza semakin meruncing selepas Israel pada bulan lepas secara unilateral membatalkan perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan yang dicapai dengan kumpulan pejuang Palestin, Hamas pada 19 Jan lepas.
Pada Jumaat, Ketua Pesuruhjaya UNRWA Philippe Lazzarini memberi amaran bahawa setiap hari tambahan di bawah sekatan Israel akan “membunuh secara senyap lebih ramai kanak-kanak dan wanita, selain mereka yang terkorban akibat pengeboman”.
Pada Khamis, Pengarah Pejabat Media Kerajaan Gaza, Ismail Al-Thawabta memberitahu Anadolu bahawa wilayah itu telah memasuki “tahap kebuluran yang kritikal” susulan penutupan lintasan sempadan sejak 2 Mac dan serangan tentera Israel yang diperhebat.
Sejak serangan besar-besaran Israel ke atas Gaza bermula pada Oktober 2023, hampir 52,500 penduduk Palestin terbunuh, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.
Mahkamah Jenayah Antarabangsa mengeluarkan waran tangkap pada November lalu terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanannya Yoav Gallant atas tuduhan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza.
Israel turut berdepan kes genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa berhubung tindakan ketenteraannya di wilayah itu. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager