KEHADIRAN HARIMAU DI BUKIT BANGKONG, POLIS NASIHAT JANGAN HAMPIRI KAWASAN HUTAN
Polis mengesahkan menerima laporan serangan haiwan liar dipercayai harimau yang mengakibatkan dua lembu ternakan mati dan lima lagi hilang di Bukit Bangkong, Tanah Hitam, di Chemor, semalam.
IPOH: Polis mengesahkan menerima laporan serangan haiwan liar dipercayai harimau yang mengakibatkan dua lembu ternakan mati dan lima lagi hilang di Bukit Bangkong, Tanah Hitam, di Chemor, semalam.
Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin berkata insiden itu dimaklumkan sekitar 6.30 petang oleh seorang lelaki yang menemui dua lembu miliknya mati dengan kesan gigitan manakala beberapa ternakan lain tidak dapat dikesan.
“Susulan laporan tersebut, anggota Balai Polis Tanah Hitam bersama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dikerahkan ke lokasi bagi menjalankan pemantauan serta penilaian awal.
“Perhilitan turut memasang kamera perangkap sebagai langkah mengesan dan mengesahkan kehadiran harimau di kawasan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Noor Hisam memaklumkan pemantauan akan diteruskan dan maklumat disalurkan kepada agensi berkaitan demi memastikan kawalan risiko, keselamatan penduduk serta usaha pemuliharaan hidupan liar dapat dilaksanakan secara berkesan.
“Orang awam yang mempunyai maklumat diminta segera menghubungi Balai Polis Tanah Hitam atau Perhilitan bagi membantu siasatan.
“Polis menasihatkan penduduk supaya berwaspada, tidak menghampiri kawasan hutan dan mengelakkan sebarang bentuk provokasi terhadap haiwan liar demi keselamatan komuniti,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Perhilitan Perak Yusoff Shariff ketika dihubungi berkata pemasangan kamera telah dibuat di kawasan berkenaan bagi memantau pergerakan harimau yang dipercayai menyerang ternakan lembu.
Beliau berkata pihaknya telah menghantar anggota ke lokasi berkenaan sejak malam tadi untuk memasang kamera, sebelum melakukan pemeriksaan susulan pagi tadi namun setakat ini tiada tanda haiwan liar itu kembali ke kawasan tersebut.
“Harimau tersebut tidak datang semula untuk makan atau tanda-tanda ia kembali namun buat masa ini, kita menasihatkan penternak agar tidak melepaskan lembu secara bebas dan memastikan semua ternakan ditempatkan dalam kandang pada waktu malam bagi mengurangkan risiko serangan.
“Kita juga mencadangkan langkah tambahan seperti memasang lampu dan unggun api di kawasan kandang serta menggunakan bunyi-bunyian seperti rakaman bacaan al-Quran atau radio sepanjang malam sebagai usaha menghalang kehadiran harimau,” katanya.
Yusoff menegaskan Perhilitan akan terus memantau kawasan tersebut dan mengambil tindakan lanjut sekiranya harimau dikesan kembali memasuki kawasan penempatan atau ternakan.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.