Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KELANTAN TAMPIL DASAR SUKAN MESRA ISLAM SEMPENA SUKMA 2028

DALAM NEGARA

KELANTAN TAMPIL DASAR SUKAN MESRA ISLAM SEMPENA SUKMA 2028

Sukan Malaysia (SUKMA) 2028 yang bakal menyaksikan Kelantan sebagai tuan rumah akan mengetengahkan dasar sukan mesra Islam yang harmoni, inklusif dan berlandaskan prinsip syariah.

KOTA BHARU: Sukan Malaysia (SUKMA) 2028 yang bakal menyaksikan Kelantan sebagai tuan rumah akan mengetengahkan dasar sukan mesra Islam yang harmoni, inklusif dan berlandaskan prinsip syariah.

Ketua Penyelidik Polisi dan Dasar Sukan Mesra Islam Kelantan Prof Dr Halim Mokhtar berkata beberapa elemen termasuk pakaian, kemudahan, waktu solat, penyediaan makanan dan penajaan akan diberi penekanan di bawah dasar ini.

Beliau berkata penyediaan dasar berkenaan yang dimulakan pada awal tahun ini membabitkan penglibatan kerajaan negeri, penyelidik, mufti, exco agama serta wakil sektor pendidikan negeri dan ia dijangka dapat diuji sebelum SUKMA 2028.

“Bagi menjayakan dasar ini, kita telah melakukan beberapa kajian dan juga siri sidang meja bulat bermula awal tahun ini untuk mendapatkan maklumat serta maklum balas daripada pakar serta pihak berkepentingan termasuk atlet, jurulatih, pihak pengurusan dan sebagainya.

“Penekanan kepada pemakaian yang menepati syariat termasuk bagi sukan seperti renang, gimnastik berirama, berbasikal dan lain-lain. Selain itu, kita akan menumpukan kepada pembangunan kemudahan yang membolehkan pemisahan antara atlet lelaki dan perempuan agar aurat kekal terjaga,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa Persidangan Meja Bulat Siri Kedua Pelaksanaan Polisi dan Dasar Sukan Mesra Islam Kelantan, di sini hari ini.

Persidangan berkenaan menghimpunkan lebih 80 peserta termasuk wakil jabatan agama dan sukan negeri, ahli akademik, atlet, jurulatih serta badan bukan kerajaan (NGO) selain turut dihadiri pakar-pakar institut pengajian tinggi (IPT) tempatan termasuk Universiti Malaysia (UM). —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading