KELAR LEHER ISTERI, CURI WANG UNTUK LANGGAN PELACUR

Last Updated on

BANGKOK: Seorang suami bertindak kejam dengan mengelar leher isterinya sehingga mati ketika tidur.

Suspek juga dilaporkan, mencuri wang mangsa untuk melanggan pelacur.

Pengakuan tersebut dibuat suspek, Amnuay Boonsong, 63, selepas ditahan polis Thailand.

Boonsong dilaporkan berbuat demikian akibat terlampau marah kerana isterinya mengadu suspek kerap meminta wang.

Penangkapan itu dilakukan selepas Lek Khamkhen, 73, ditemui mati dengan kesan kelar di leher di rumah mereka di wilayah Prasuk, Chum Phuang.

Mayat wanita itu ditemui adik mangsa, Mali Manmak, 70, yang kemudian melaporkan kepada polis. — AlHijrah Online

Leave a Reply