Dunia Islam meraikan keputusan mahkamah tertinggi Turki yang membuat ketetapan tentang Hagia Sophia, sebuah monumen gah di Istanbul berusia hampir 1,500 tahun. Selepas 86 tahun berfungsi sebagai muzium, ia kini kembali kepada status sebelumnya, iaitu sebuah masjid agung.
Pengumuman terbaharu tentang Hagia Sophia dibuat Recep Tayyip Erdogan dan disambut penuh gembira, terharu dan syahdu dalam kalangan umat Islam, bukan sahaja di Turki, bahkan di seluruh dunia.
Sejak itu, tular di pelbagai platform media sosial imej-imej lama, gambar-gambar serta lakaran-lakaran klasik struktur binaan bersejarah itu, yang mengimbau kembali zaman kegemilangannya sebagai sebuah masjid selepas ia siap dibina.
Pun begitu, keputusan mahkamah tertinggi Turki tempoh hari, pasti mengundang rasa kurang senang sebahagian negara barat, lebih-lebih lagi pengembalian status Hagia Sophia dilihat sebagai sebuah kemenangan buat agama Islam.
Amerika Syarikat, Greece dan Rusia antara yang dilihat tidak senang dengan keputusan mahkamah itu.
Walaupun perubahan status Hagia Sophia ini didorong usaha keras kerajaan yang dipimpin Erdogan, namun perlu diingat, ia bukan keputusan presiden itu sendiri untuk menjadikan ia sebagai masjid. Sebaliknya ia adalah keputusan mahkamah, yang mutlak dan tidak boleh dipertikaikan lagi.
Pensyarah Kanan Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Mohd Iqbal Abdul Wahab, dalam satu wawancara eksklusif bersama Berita AlHijrah berkata, majoriti rakyat Turki amat menyokong pengembalian status Hagia Sophia itu kepada sebuah masjid.
“Kajian terbaharu menunjukkan 76-84 peratus rakyat Turki bersetuju Hagia Sophia dijadikan masjid semula,” kongsi Dr. Mohd Iqbal.
Jelas beliau lagi, keputusan badan kehakiman tertinggi republik itu juga membatalkan keputusan yang dibuat kabinet Mustafa Kamal Attaturk pada 1935 yang menetapkan Hagia Sophia dijadikan muzium ketika itu.
“Keputusan kabinet 1935 Turki itu tidak betul, salah dan tidak sah,” tegas Dr. Mohd Iqbal.
Ini kerana katanya, pemilik sah mercu tanda bersejarah itu adalah Sultan Mehmet II, dan struktur itu dibina di atas tanah wakaf.
Sementara itu, rakyat Turki menyambut pengumuman Erdogan dengan sebak, syukur dan terharu.
“Ia perasaan yang menakjubkan, bagaikan sejarah pembukaan Istanbul. Saya menitiskan air mata. Perasaan syahdunya bagaikan berada di Makkah dan Madinah,” kata rakyat Turki, Huseyin Tutku.
“Saya amat berbangga menunaikan solat di sini. Namun pada masa sama agak terkilan kerana pertukaran status ini sepatutnya telah dilakukan sejak dahulu lagi. Ada yang pihak menentangnya,” jelas seorang lagi rakyat Turki, Metin Bey.
Begitu pun, penduduk Islam Istanbul seakan-akan tidak sabar menantikan tarikh 24 Julai ini, untuk menunaikan solat fardhu Jumaat di Hagia Sophia. Malah sejak pengumuman Erdogan pada 10 Julai lalu, umat Islam telah pun hadir beramai-ramai menunaikan solat, berdoa dan beribadat di pekarangannya.
Video-video laungan azan yang berkumandang di masjid itu juga tular di seluruh dunia. Keterujaan bukan sahaja dirasai penduduk tempatan, malah umat Islam seluruh dunia juga tumpang gembira dengan status terbaharu Hagia Sophia ini.
“Kita harus meraikannya. Ia adalah tanah wakaf dan bukan untuk tujuan lain,” jelas Dr. Mohd Iqbal lagi.
Hagia Sophia dibina pada abad keenam masihi oleh empayar Rom Timur. Dan ia pernah menjadi salah satu gereja terbesar di dunia. Ia kemudian diubah kepada sebuah masjid berikutan kejayaan Sultan Muhammad Al Fatih menawan Konstantinopel pada 1453 yang sekali gus membentuk kerajaan Turki Uthmaniyyah.
Namun pada 1934, statusnya bertukar lagi apabila kerajaan Attarturki menjadikannya muzium, sebelum dikembalikan fungsinya kepada sebuah masjid yang akan memulakan solat Jumaat pertamanya, dua minggu selepas pengumuman oleh Erdogan.
Kini, walaupun statusnya kembali kepada sebuah masjid, namun Erdogan berikrar untuk tetap memberi kebenaran kepada pelancong dan pengunjung untuk datang ke Hagia Sophia dan menikmati suasana indah di ibu kota bersejarah, Istanbul itu.
Alangkah indahnya andai kita semua dapat ke Hagia Sophia pada 24 Julai ini, dan sama-sama menikmati alunan azan, khutbah dan bersolat jemaah di situ dengan tenang. – AlHijrah Online / Ardi Herman Mohd Mardzi
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager