Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MASJID HAGIA SOPHIA AKAN DIBUKA UNTUK BUKAN ISLAM

DUNIA

MASJID HAGIA SOPHIA AKAN DIBUKA UNTUK BUKAN ISLAM

ANKARA: Masjid Hagia Sophia akan dibuka kepada pelawat dari pelbagai agama yang mengunjungi bangunan bersejarah itu dan tidak hanya dihadkan kepada orang Islam.

Memetik laporan agensi berita Anadolu, jurucakap Kementerian Luar Turki, Hami Aksoy berkata Masjid Hagia Sophia akan kekal sebagai lokasi yang boleh dikunjungi pelawat meski pun status bangunan itu bertukar dari muzium kepada masjid.

“Hagia Sophia akan terus menerima pelawat walaupun berstatus baharu,” kata Aksoy.

Dalam pada itu Aksoy semalam selepas mesyuarat Majlis Luar Negeri Kesatuan Eropah (EU), menegaskan tiada mana-mana pihak yang boleh campur tangan hak kedaulatan Turki berhubung keputusan penukaran status Hagia Sophia.

Tambahnya status Hagia Sophia adalah masalah dalaman dan hak milik Tukri – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading