KEMALANGAN DI SETIU: JENAZAH TIGA BERANAK DIKEBUMI DALAM SATU LIANG LAHAD
Jenazah tiga beranak yang maut dalam kemalangan jalan raya di Kampung Sungai Lerek dekat Setiu, Terengganu, awal pagi semalam selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Maras di sini malam semalam.
Ahli keluarga terdekat memberi penghormatan terakhir kepada jenazah tiga beranak yang selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Pekuburan Maras, Langgar malam semalam.
Kamarudin Ibrahim, 55, bersama isteri, Maimumah Mat Isa, 54, dan anaknya Nur Ardiena Kamarudin, 30, maut dalam kemalangan di Kilometer 53, Kampung Sungai Lerek, Jalan Persekutuan Kuala Terengganu – Kota Bharu selepas kenderaan dinaiki bertembung dengan sebuah pacuan empat roda awal pagi semalam.
KOTA BHARU: Jenazah tiga beranak yang maut dalam kemalangan jalan raya di Kampung Sungai Lerek dekat Setiu, Terengganu, awal pagi semalam selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Maras di sini malam semalam.
Van membawa jenazah tiba di tanah perkuburan berkenaan kira-kira 9 malam semalam selepas disembahyangkan di Masjid Telipot.
Pengebumian Allahyarham Kamaruddin Ibrahim, 55, isterinya Maimunah Che Mat, 54, dan anak perempuan mereka Nur Ardieana, 30, selesai sepenuhnya pada 9.45 malam semalam.
Adik kepada Kamaruddin iaitu Hishamudin, 54, berkata jenazah ketiga-tiga mangsa tiba di Kota Bharu dari Setiu kira-kira 6 petang semalam.
“Saya bersyukur urusan pengebumian arwah abang dan keluarganya berjalan lancar walaupun sebelum itu hujan lebat.
“Terima kasih kepada pihak pengurusan van jenazah dari Setiu dan Besut yang membawa jenazah ahli keluarga saya hingga selamat tiba di Kota Bharu,” katanya kepada pemberita malam semalam.
Hishamuddin berkata ahli keluarganya kini berdoa untuk kesejahteraan seorang lagi anak pasangan itu iaitu Nur Azwa Shamimi, 21, yang kini kritikal di Unit Rawatan Rapi, Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.
“Kami memohon doa daripada semua agar Nur Azwa Shamimi diberikan kekuatan dan dapat melepasi tempoh kritikal,” katanya.
Kejadian pada 4.50 pagi semalam itu berlaku apabila kereta jenis Perodua Axia dinaiki keluarga berkenaan bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 53, Jalan Persekutuan Kuala Terengganu-Kota Bharu, dekat Kampung Sungai Lerek, Setiu. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked