Connect with us

ALHIJRAH NEWS

KEMENTERIAN PERLU BUKTIKAN PENCAPAIAN DALAM 100 HARI PERTAMA – PM

DALAM NEGARA

KEMENTERIAN PERLU BUKTIKAN PENCAPAIAN DALAM 100 HARI PERTAMA – PM

GAMBAR AFP

PUTRAJAYA: Semua kementerian yang bakal diterajui oleh Menteri dan Timbalan Menteri yang baharu diumumkan pelantikan perlu membuktikan pencapaian awal dalam tempoh 100 hari pertama.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata beliau akan memastikan kabinet yang diumumkan itu menekankan budaya kerja berprestasi tinggi.

“Saya berharap pelantikan Kabinet ini akan memberi keyakinan baharu untuk negara bangkit dan bersatu dalam melawan COVID-19 serta membebaskan Keluarga Malaysia daripada kesengsaraan hidup akibat pandemik ini.

“Saya akan pastikan Kabinet ini menekankan budaya kerja berprestasi tinggi. Justeru, setiap kementerian perlu membuat perancangan jangka pendek dan jangka panjang serta mencapai sasaran yang ditetapkan. Untuk itu, setiap kementerian perlu membuktikan pencapaian awal dalam tempoh 100 hari pertama,” katanya ketika mengumumkan senarai jemaah menteri di Putrajaya hari ini.

Ujarnya ahli kabinetnya juga perlu berorientasikan hasil yang berlandaskan kepada tiga prinsip iaitu peka kepada keperluan semasa, bertanggungjawab dan amanah, serta mengembalikan semula keyakinan rakyat.

Mereka yang dipilih katanya berpengalaman dan diyakini mampu membantu negara memulihkan ekonomi dengan menyokong usahawan, memudah cara perniagaan, dan merancakkan semula aktiviti ekonomi serta meningkatkan keyakinan pelabur

“Pesan saya hanya satu, jalankan tugas yang telah diberikan dengan amanah, demi rakyat dan negara,” katanya.

Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Menteri dan Timbalan Menteri akan diadakan pada Isnin, 30 Ogos 2021, jam 2:30 petang, di Istana Negara, Kuala Lumpur. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading