KUALA LUMPUR: “Kenapa pusat zakat tak jumpa, tapi Badan Bukan Kerajaan (NGO), individu lain dapat jumpa?”
Demikian kata-kata yang sering diucapkan pelbagai pihak merujuk kepada kecekapan pusat zakat dalam mengesan individu yang memerlukan bantuan.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor (LZS), Saipolyazan M. Yusop, jumlah penerima zakat pada tahun 2020 meningkat kepada 57.7 peratus berbanding 57 peratus pada tahun sebelumnya.
Berdasarkan statistik terkini, jumlah penduduk di Selangor sekitar 6.7 juta orang dan Saipolyazan memaklumkan ketika ini LZS mempunyai 38 pegawai dan sembilan ketua di setiap daerah untuk melakukan kerja-kerja lapangan mengesan golongan fakir miskin dan asnaf.
“Kita andai kan melalui statistik itu 3.8 juta adalah bumiputera dan kita andaikan mereka ini semua orang Islam. Kakitangan pusat zakat kita di lapangan ada 38 pegawai dan 9 orang ketua di semua daerah.
“Mana mungkin mereka ini boleh mengesan semua yang memerlukan,” kata Saipolyazan ketika program Analisis Rabu lalu yang membincangkan topik ‘Tak Viral, Tak Bantu’.
Ujarnya dalam usaha menyelesaikan masalah itu, LZS bekerjasama dengan NGO dan melantik kira-kira 2000 ketua dan penolong ketua amil kariah di 500 masjid di Selangor.
Kumpulan itu katanya turut membantu LZS mengesan golongan kurang bernasib baik yang memerlukan bantuan.
Selain itu katanya, orang ramai juga diminta untuk tampil berkongsi maklumat kepada pusat zakat dan bantuan akan disalurkan dengan kadar segera jika pemohon memenuhi kriteria yang ditetapkan.
Saipolyazan juga menolak dakwaan sesetengah pihak proses permohonan zakat lambat.
Ujarnya, LZS ada menyediakan bantuan kecemasan dan pemohon boleh ke 26 cawangan Pusat Zakat LZS untuk memohon, seterusnya bantuan sehingga RM500 akan disalurkan dengan kadar segera.
“Ini menunjukkan bahawa anggapan proses zakat ini lambat adalah tidak tepat. Mungkin sesetengah bantuan itu memerlukan bukti-bukti yang tertentu, tetapi bagi bantuan kecemasan, kita akan bagi dengan segera dari jumlah RM100, RM200, hinggalah maksimum RM500.
“Ia membuktikan bahawa, tidak perlu pergi ke tempat-tempat lain seperti yang selalu disebarkan, zakat lambat, jadi kita perlu pergi ke tempat lain Pusat zakat ada menyediakan bantuan sebegini, supaya mereka dapat menerima bantuan secepatnya dan mereka boleh menggunakan bantuan tersebut,” katanya.
Sementara itu, beliau juga memaklumkan pusat zakat perlu belajar dengan NGO cara hebahan bantuan yang disalurkan supaya ada unsur dramatik yang menyentuh hati pembayar dan penerima zakat.
Langkah itu katanya perlu untuk memaklumkan kepada umum pusat zakat sering turun padang dan tidak menyalurkan bantuan secara ‘one-off’.
Bagi Aktivis Masyarakat Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang, adalah tidak adil untuk mempersoal usaha yang dilakukan pusat zakat selama ini.
Kongsinya, kebanyakkan mereka yang dibantu oleh beliau sudah menerima bantuan daripada pusat zakat.
“Biasanya orang-orang susah yang saya jumpa, mereka juga merupakan penerima zakat.
“Mungkin pengurusan wang mereka ini kurang bijak, jadi mereka memerlukan bantuan yang lain,” katanya yang juga menjadi tetamu pada program Analisis minggu ini.
Dalam pada itu Chee Heng berharap rakan-rakan aktivis menyalurkan bantuan dengan ikhlas dan tidak menyalahkan atau memburukkan mana-mana pihak.
Pusat zakat dan NGO katanya perlu saling bekerjasama dalam memastikan tiada pihak yang tertinggal dalam penyampaian bantuan. – AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager