HATI-HATI PULANGAN BERGANDA PELABURAN EMAS

KUALA LUMPUR: Ketika ramai yang berdepan cabaran ekonomi dan mengharapkan pendapatan tambahan, ada pihak tidak bertanggungjawab melakukan penipuan pelaburan emas dengan menjanjikan pulangan berkali ganda.

Pengerusi Muafakat Makmur Berhad, Hishammuddin Abdullah berkata, mereka yang berminat untuk menceburi pelaburan emas perlu berhati-hati dan tidak mudah hanyut dengan janji keuntungan melampau.

Tambahnya lebih selamat jika pelaburan emas yang dibuat disertakan dengan emas fizikal sebagai jaminan keselamatan.

“Hakikatnya pelaburan emas yang sebenar ialah membeli dan menyimpan emas fizikal secara sendiri, di mana pelanggan boleh membeli atau menyimpan emas yang dibeli sebagai jaminan masa hadapan.

“Yang pasti jika anda berminat untuk membeli emas, dapatkan ilmu emas terlebih dahulu dengan sumber-sumber yang sahih dan boleh dipercayai,” katanya.

Tambahnya ketika ini banyak sindiket menggunakan individu ternama atau selebriti untuk mempromosikan pelaburan yang memperdaya pelabur.

Sindiket penipuan pelaburan juga katanya sering menunjukkan kemewahan mereka bagi memperdaya mangsa untuk melabur.

Mereka sering menjanjikan pelabur keuntungan lumayan sehingga lebih 100 peratus hingga menyebabkan golongan yang mempunyai wang lebih sanggup melabur dengan harapan dapat melipat gandakan aset mereka.

Hishamudin berkata demikian ketika ditemui media pada program kesedaran Scam Pelaburan Emas anjuran Makmur Gold.

Makmur Gold adalah syarikat pemain industri emas yang berpengalaman dan memiliki empat cawangan di Kota Bharu, Kuala Terengganu, Kuantan dan Bandar Baru Bangi.

Di Makmur Gold, pembeli akan dibekalkan dengan emas fizikal yang mempunyai pelbagai bar dan berat untuk dijadikan pelaburan.

Makmur Gold juga dilengkapi dengan alatan ketulenan emas bagi meyakinkan kedua-dua pihak pembeli dan penjual. – AlHijrah Online

Leave a Reply