Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KENDERAAN DINAIKI PENDATANG TANPA IZIN TERBABAS KE PARIT, 3 CEDERA

DALAM NEGARA

KENDERAAN DINAIKI PENDATANG TANPA IZIN TERBABAS KE PARIT, 3 CEDERA

Tiga cedera termasuk dua wanita patah kaki apabila kereta dinaiki lima pendatang tanpa izin terbabas ke dalam parit ketika dikejar polis di Kunci Air Kuala Selangor, Jalan Kereta Api Lama awal pagi tadi.

SHAH ALAM: Tiga cedera termasuk dua wanita patah kaki apabila kereta dinaiki lima pendatang tanpa izin terbabas ke dalam parit ketika dikejar polis di Kunci Air Kuala Selangor, Jalan Kereta Api Lama awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata kejadian yang berlaku kira-kira pukul 5 pagi itu menyebabkan kesemua mereka berumur lingkungan 30-an yang berada di dalam kenderaan tersebut terpaksa memanjat bumbung kereta yang terjunam ke parit, sementara menunggu untuk diselamatkan.

Norazam berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu pada 5.19 pagi dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor dikerahkan ke lokasi dan sebaik tiba, didapati sebuah kereta terbabas ke dalam parit akibat dikejar polis.

“Semua mangsa berjaya keluar dari kereta dan menunggu di atas bumbung kenderaan itu sementara menunggu ketibaan bomba.

“Kelima-lima individu itu kemudian diselamatkan dengan menggunakan ‘spineboard’ untuk naik ke atas dan didapati dua wanita mengalami patah kaki dan seorang lelaki cedera pada bahu,” katanya.

Beliau berkata mangsa yang cedera diberikan rawatan awal sebelum kesemua pendatang asing itu diserahkan kepada pihak polis untuk dibawa ke hospital bagi rawatan dan tindakan susulan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading