Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KENYATAAN TULAR TARIKH HARI RAYA ADALAH PALSU – JAKIM

DALAM NEGARA

KENYATAAN TULAR TARIKH HARI RAYA ADALAH PALSU – JAKIM

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menegaskan kenyataan yang dibuat oleh pihak tertentu mengenai penetapan tarikh hari raya Aidilfitri bagi tahun 1444H / 2023M yang mendakwa dikeluarkan oleh jabatan agama itu adalah palsu.

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menegaskan kenyataan yang dibuat oleh pihak tertentu mengenai penetapan tarikh hari raya Aidilfitri bagi tahun 1444H / 2023M yang mendakwa dikeluarkan oleh jabatan agama itu adalah palsu.

JAKIM dalam kenyataan hari ini memaklumkan, semua pihak dinasihatkan untuk menghormati proses penentuan rasmi tarikh Hari Raya di Malaysia yang dibuat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja (PMBRR) selaku pihak diamanahkan oleh Majlis Raja-Raja.

Baru-baru ini tular di media sosial beberapa hantaran yang dimuat naik berkenaan tarikh Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2023 yang tidak disahkan oleh mana-mana pihak berkuasa agama.

JAKIM sebelum ini juga mengingatkan semua pihak agar tidak membuat sebarang andaian mengenai tarikh Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.

“JAKIM ingin memaklumkan, bahawa pengisytiharan tarikh 1 Syawal pada setiap tahun bagi negara Malaysia adalah dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja melalui media utama sejurus menerima laporan hasil cerapan anak bulan yang dibuat di 29 lokasi cerapan rasmi setelah mendapat perkenan Yang Di-Pertuan Agong yang mewakili Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

“Semua pihak disaran membuat semakan ketepatan tarikh hijri yang terdapat pada jam digital azan khususnya di masjid dan surau agar sentiasa selari dengan kalendar hijri yang dikeluarkan oleh Jakim atau pihak berkuasa agama negeri dan disahkan oleh Panel Pakar Falak,” jelas JAKIM.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading