Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

RAMADAN: JABATAN, AGENSI KERAJAAN DIMINTA ANJUR MAJLIS ILMU, FOKUS FAHAMI AL-QURAN

DALAM NEGARA

RAMADAN: JABATAN, AGENSI KERAJAAN DIMINTA ANJUR MAJLIS ILMU, FOKUS FAHAMI AL-QURAN

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalaman bersama para hadirin pada Majlis Perhimpunan Bulanan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Dewan De’ Seri Endon, Puspanitapuri. – Bernama

PUTRAJAYA: Semua jabatan, agensi kerajaan dan kementerian diminta untuk menganjurkan majlis ilmu sepanjang Ramadan ini dengan memberikan fokus kepada memahami ayat al-Quran, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata beliau telah mengusulkan perkara itu kepada Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali supaya semua jabatan, kementerian, agensi mengadakan majlis singkat waktu zuhur.

“Dari jam 1 sehingga zuhur dengan tazkirah yang menumpu kepada satu ayat al-Quran dan menelaah supaya dapat dihadam.

“Mudah-mudahan Ramadan ini kita dapat tingkatkan darjat dengan fokus kepada membaca dan menelaah al-Quran dan memahaminya,” katanya semasa berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini pada Isnin.

Anwar berkata beliau juga telah meminta Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) untuk menyelaraskan penceramah sekiranya diperlukan pada majlis ilmu yang diadakan. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading